Bahaya selalu amal minuman tenaga

No Image Caption
A
A
A

PADA kebiasaannya, produk minuman bertenaga atau energy drink sering diamalkan oleh ahli sukan untuk menambah prestasi dan memberikan tenaga yang berpanjangan.

Korang kena tahu, minuman bertenaga adalah minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafein, taurin, vitamin dan beberapa bahan tambahan lain.

Pada asalnya, ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960-an dan semakin popular di Eropah menjelang tahun 1980-an.

Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dalam kalangan remaja.

Namun, awas! Merujuk Public Health Malaysia baru-baru ini, punca utama yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafein yang terlalu tinggi dalam minuman tersebut.

Oleh sebab itulah, jika pengambilan kafein berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan sangat pantas, tekanan darah juga akan tinggi dan kekurangan kalsium dalam badan.

Bukan itu sahaja tau... antara lainnya, kesan yang mungkin korang akan hadap adalah berlaku sawan dan boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, seperti minuman ringan lain, minuman tenaga juga mengandungi gula yang cukup tinggi.

Cuba korang bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 gram gula!

Dalam kajian terkini, pengambilan minuman tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Dahsyatnya…

Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kandungan, pemasaran dan jualan produk berkenaan iaitu:

1. Mengawal had pengambilan kafein yang dibenarkan pada setiap hidangan

2. Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak-kanak dan remaja

3. Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenalpasti gejala pesakit yang mengalami masalah ‘Caffeine intoxication’

4. Mengawal pengiklanan minuman tenaga

Jadi, buat pembaca SinarPlus, elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan.

Ingat, kanak-kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil minuman tenaga agar tidak berlaku sebarang masalah kesihatan di kemudian hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca