BUNGA telang cukup terkenal dalam penyediaan membuat nasi kerabu yang berwarna biru.

Namun, tahukah anda, bunga ini ini memiliki banyak manfaat untuk kesihatan?

Menerusi satu kajian, ia dikatakan mampu menstabilkan kadar gula dalam darah, sekali gus dapat membantu pesakit kencing manis atau diabetes dan simptom yang berkaitan.

bunga telang

Baca ni Selalunya hijau kali ini biru, Tepung Pelita Bunga Telang sungguh menggiurkan

Bukan itu sahaja, bunga jenis itu juga dikatakan berguna untuk membuatkan rambut lebih berkilat dan kulit wajah lebih sihat.

Malah, warnanya yang menarik dapat menyerikan laman kediaman anda.

Jadi, cukup berbaloi, kan anda tanam sendiri?

bunga telang

BIJI BENIH

Jika tidak tahu cara tanam, boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Terdapat dua kaedah iaitu secara keratan batang dan juga biji benih.

Namun, peratusan untuk semaian hidup menggunakan biji benih jauh lebih tinggi.

bunga telang

Berikut cara semaian:

-Sebelum semai rendam terlebih dahulu biji benih lebih kurang enam jam. Ambil biji benih yang terapung sahaja kerana ia lebih berkualiti.

-Sediakan tanah campuran. Buat lubang sedalam satu hingga dua sentimeter ( cm). Kemudian, isi satu hingga dua biji benih. Jarak yang sesuai antara lubang adalah lebih kurang 12-15 cm.

-Tutup lubang dengan tanah lalu siram supaya melembapkan tanah. Setelah itu, tempatkan ia di kawasan teduh. Benih akan bercambah dalam tempoh lebih kurang dua minggu.

Baca lagi Khasiat bunga telang

bunga telang

Cara penjagaan

-Setelah pokok sudah stabil dan membesar, buat pancang untuk menyokong dahannya.

Iklan

-Pastikan anda melakukan proses pemangkasan supaya pokok tidak terlalu rimbun. Ini kerana ia akan mendedahkan pokok lebih banyak penyakit.

Baca lagi Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

bunga telang

Cara baja & tuai

-Gunakan baja organik seperti tinja ayam sebulan sekali.

-Pokok akan mula berbunga dan dipetik selepas lapan hingga 10 minggu dari tempoh mula menanam.

Iklan

Apabila sudah dituai, bolehlah anda mencuba pelbagai resipi dengan menggunakan bunga telang.

Mudah, bukan? Selamat mencuba!

 

Sumber: theshaxfeen Hello doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang