Baju Melayu, kurta warna pink? Apa salahnya...

A
A
A

MAJORITI jejaka pantas mengatakan tidak untuk menyarungkan apatah lagi memiliki pakaian berwarna merah jambu. Alasan mereka nuansa itu hak mutlak golongan wanita.

Namun begitu, tahukah anda warna berkenaan telah dipakai lelaki sejak kurun ke-18? Bahkan jersi kelab bola sepak Juventus yang pertama juga menggunakan rona itu pada tahun 1899 hingga 1903.

Justeru, selari peredaran zaman, ketepikan soal diskriminasi yang mengaitkan jantina dengan warna-warna tertentu khususnya merah jambu. Lagipun fesyen itu universal jadi sesiapa sahaja berhak menggayakan pakaian diminati.

Di sini, Sihat Cantik berkongsi tip ringkas buat para jejaka yang ingin menyarungkan persalinan merah jambu pada lebaran ini.

1. Baju Melayu, kurta merah jambu

Jejaka yang ingin menggayakan baju Melayu atau kurta merah jambu pastikan anda memilih ton lembut berbanding ton terang. Ia bagi mengelakkan penampilan kelihatan pelik.

Kemudian, padankan bersama seluar nuansa gelap seperti hitam, coklat atau kelabu bagi menyerlah sisi maskulin.

2. Elak kombinasi warna terang

Jangan sesekali memakai pakaian serba merah jambu kerana ia boleh menjejaskan penampilan.

Jika anda memakai kurta merah jambu terang, maka suai padan bersama denim atau seluar palet gelap.

3. Sisi romantik

tip fesyenSELAIN kain pelekat, para jejaka juga berpeluang menggayakan kurta nuansa merah jambu bersama denim atau celana warna gelap. 

Apa salahnya sekali sekala tampil sedondon busana tradisional raya warna merah jambu bersama insan tersayang.

Jenama online tempatan @almarimoji mislanya, turut berkongsi tip suai padan kurta moden rona dengan seluar hitam bersama kain samping benang emas.

Lagipun kebanyakan wanita kini semakin terbuka melihat lelaki memakai pakaian warna tersebut.

Foto: @almarimoji

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca