Bake With Yen hub cari bahan-bahan bakeri dan kuih-muih. Semua yang diperlukan ada di sini

0
884

KALAU tidak memasak, tiada ertilah raya ini bukan? Ada yang suka ‘bersilat’ menyediakan sajian seperti rendang atau lontong dan sesetengah antara kita, suka buat kuih.

Jika kalian buntu mahu mencari bahan-bahan untuk membuat kuih atau kek, apa kata singgah ke rangkaian pembekal bahan bakeri nombor 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY).

Sempena raya ini, BWY melaksanakan program Raya Penuh-Penuh dan Jimat Penuh-Penuh yang antara lain menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY, Alexandre Rosso berkata, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja, sekali gus telah membawa kepada peningkatan harga barangan.

Prihatin dengan situasi itu, BWY ujarnya, mahu memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan.

“Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan bakers, kami menggunakan skala ekonomi yang ada serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan.

Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini dan sambutan Hari Raya kelak,” ujar Rosso ketika melancarkan satu lagi cawangan BWY di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY itu termasuk Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella.

Gambar kecil ialah Alexandre Rosso.
Gambar kecil ialah Alexandre Rosso.

Ia juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri dan mentega BWY yang terkenal, Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250 gram. Harga yang paling rendah di pasaran ya.

Sebagai tambahan pada promosi harga Jimat Penuh-Penuh dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie yang baru dilancarkan, inisiatif Raya Penuh-Penuh BWY juga melibatkan kempen Tukar & Jimat, satu kerjasama unik dengan penyedia kelengkapan dapur Innofood.

Ini bermakna, para pembuat kuih yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama.

BACA JUGA: Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

Iklan

BACA JUGA: Resipi roti jala lembut tak mudah basi, hanya guna sukatan cawan

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual.

“Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami,” tambahnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program Raya Penuh-Penuh, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara.

Iklan

Ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook atau layari laman rasmi, www.bakewithyen.my.