Baked carbonara cheese meatball lemak berkrim, mudah

A
A
A

BEBOLA daging keju karbonara panggang atau 'Baked carbonara cheese meatball' sememangnya enak dinikmati pada bila-bila masa.

Menariknya, ada yang menjadikan sebagai hidangan snek dan tidak kurang pula yang menikmatinya untuk masa makan utama.

Yang pasti ia memang sedap dan berkrim, bukan sahaja digemari oleh si kecil tetapi juga orang dewasa.

Cara penyediaannya juga mudah, malah bahan untuk disediakan juga mudah didapati.

Berikut resipi Baked carbonara cheese meatball yang dikongsikan pengguna Facebook, Farhana Azwa Nadzri.

Dalam resipi yang dimuatnaik bersama gambar hidangan menu itu, menurutnya juadah tersebut disediakan untuk potluck.

Berikut antara bahan-bahan untuk Baked carbonara cheese meatball yang dikongsikan oleh beliau:

Cendawan butang dalam tin dan kiub pati ayam tiada dalam gambar.

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan meatball, cendawan butang, brokoli (lagi sedap pakai capsicum). Goreng sampai meatball garing.

3. Masukkan dalam tray.

4. Untuk sos:

- 1 tin sos carbonara Prego

- 1 cawan susu kotak

- Seketul kiub pati ayam setengah

- Sedikit lada hitam.

Kesemua bahan di atas dimasak hingga mendidih.

5. Tuang sos di atas meatball tadi .

6. Susun cheese di atasnya. Lagi sedap pakai mozarella. Jika 'sesak' boleh gunakan cheddar cheese ja.

7. Bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 darjah Celcius. Wallah!

Bagaimana? Mudahkan? Nak buat pada hari-hari biasa pun tiada masalah.

Selamat mencuba! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca