LAZIMNYA orang yang sakit gigi berperasaan kesakitan yang dialaminya hanya berkait dengan dirinya sendiri.

Saat gusi sedang berdenyut kesakitan, pelbagai tindakan diambil bagi melegakan penderitaan akibat kesakitan itu. Ada yang makan panadol, berkumur air garam dan 1,001 petua serta tindakan diambil bagi meredakannya.

Kadang ada yang mahu lebih mudah, keputusan diambil untuk mencabut sahaja gigi yang rosak itu. Akan tetapi, masih ada yang rasa masih ‘sayang’ dengan gigi rosak tersebut hingga terus ‘menyimpannya’.

Bila sudah reda pula, perasaan riang ria kembali timbul. Mulalah rasa mahu dekat dan rapat dengan orang yang tersayang.

Bagaimanapun, tahukah anda bakteria penyebab sakit gigi pada anda itu boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain?

Itu kongsi Pengamal Perubatan Pergigian, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Mohd Khairul Izwan.

Gigi berlubang

Terang Dr Mohd Khairul salah satu punca terjadinya kerosakan gigi adalah disebabkan oleh kehadiran bakteria yang ada di dalam mulut kita terutama daripada spesis Streptococcus mutans (S.mutans).

“Ini bermakna jika anda mempunyai gigi yang berlubang, anda berpotensi untuk menyebarkannya kepada orang lain termasuk pasangan dan anak-anak melalui:

❗️Ciuman.
❗️Perkongsian sudu, garfu, cawan ataupun straw minuman,” tulis beliau di Facebooknya.

Perkongsian Dr Khairul di Facebook.

Justeru itu, menurut beliau sebaiknya:

✅ Elakkan mencium anak anda pada bahagian mulut. Cium pada bahagian ubun-ubun kepala atau dahi.

Iklan

✅ Elakkan merasa makanan sebelum disuap ke dalam mulut anak/ bayi anda.

✅ Elakkan berkongsi sudu, garpu, cawan atau straw minuman dengan pasangan anda.
Boleh nak sweet-sweet dengan pasangan, tapi pastikan kebersihan mulut anda bersih dan anda bebas daripada sebarang kerosakan gigi!

✅ Berus gigi setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida serta jangan lupa floss celah-celah gigi anda sekali ya.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Itu perkongsian daripada Dr Dr Mohd Khairul yang diharap dapat membuka mata kita.

Agak menakutkan juga kesan bakteria sakit gigi. Ia boleh memberi kesan kepada orang lain pula, biarpun kita yang sakit gigi hanya mengucupi orang tersayang dari luaran.

Moga kita lebih berhati-hati supaya tidak menjejaskan pula orang lain ya… Yang penting jagalah kebersihan dan kesihatan gigi kita. -AG #rantaiankasih