MYVI adalah antara model Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) yang laris dan terus bertahan di pasaran sejak 2005.

Terbaru, Myvi baharu model 2022 khabarnya menerima ribuan tempahan sejak 9 November lalu.

Apakah daya tarikan kereta yang dikenali sebagai ‘king of the road’ ini? Berikut 10 fakta mengenainya korang perlu tahu.

1. Varian Myvi baharu merangkumi 1.5 liter AV (Advance) varian 1.5 literH. Varian 1.5 liter X, 1.3 liter G dan 1.3 liter G (Basic).

2. Sejak diperkenalkan pada Mei 2005, Myvi telah mencatat jualan kira-kira 1.3 unit dengan Myvi generasi ketiga merekodkan jualan 277,329 unit.

3. Ciri keselamatan pintar ditambah baik meliputi sistem keselamatan di mana ia menampilkan sistem pemanduan pintar Perodua Smart Assist (PSDA) direka mengambil kira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

4. Penampilan lebih sporty pada ruang dalamannya dengan kemasan merah pada corong pendingin hawa, roda stereng serta unit infotainmen bersaiz 6.9 inci 

5. Teknologi canggih PSDA meliputi empat ciri iaitu bantuan pemanduan selamat (ASA), bantuan pemanduan bantuan parkir dan bantuan lampu utama. Ciri ini membolehkannya ia muncul sebagai kereta berteknologi Autonomous Level 2.

Kredit foto: Careta

6. Semua varian Myvi bahari itu menampilkan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT bagi menggantikan transmisi dengan empat kelajuan.

7. Penjimatan bahan api yang lebih baik di mana Myvi mencatat peningkatan sebanyak 5.0 peratus atau tambahan satu kilometer bagi setiap liter serta 20 peratus pecutan yang dipertingkat.

8. Warna baru yang lebih segar diperkenalkan iaitu Cranberry Red (eksklusif untuk model 1.5 AV). Manakala warna-warna lain ialah Electric Blue, Lava Red, Granite Grey, Glittering Silver dan Ivory White.

Iklan

9. Harga ditawarkan ialah sekitar RM45,700 hingga RM58,000 seunit.

10. Sejak tempahan dibuka, tempahan berjumlah 4,303 unit diterima Perodua dalam tempoh sembilan hari.

Menariknya ciri-ciri yang ditawarkan ini. Lebih bangga lagi apabila ia adalah produk tempatan dan dihasilkan di Malaysia.

Laris dan populariti kereta jenis hatchback kesayangan rakyat Malaysia ini tidak dapat disangkal lagi.

Iklan

Maka tidak hairanlah Myvi sudah terjual 1.3 juta unit sejak Mei 2005 manakala generasi ketiganya merekodkan jualan sebanyak 277,329 unit.

Baca juga: Lebih Bergaya Dengan Edisi Hitam, CR-V Baharu Didatangkan Dengan Teknologi Canggih Yang Dipertingkat 

Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama