Basikal canggih khas atlet, penggemar kecergasan

No Image Caption
A
A
A

GARMIN Malaysia melangkah setapak  ke hadapan dengan memperkenalkan rangkaian basikal kegunaan di dalam Tacx dan roller pelatih pintar seperti Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux S Smart termasuk roller pelatih Antares dan Galaxia.

Basikal berkenaan direka sesuai untuk kegunaan atlet profesional sukan berbasikal dan penggemar kecergasan.

Kehadiran alatan itu bertepatan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mendorong banyak pihak untuk melakukan senaman di rumah.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Garmin Malaysia, Ivan Ong berkata, inovasi terbaharu itu diyakini dapat meningkatkan tahap latihan basikal kepada kumpulan sasaran.

“Peralatan pelatih berkenaan dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti pertukaran gear maya dan beberapa paparan yang digabungkan. Pendek kata, rangkaian Tacx benar-benar memberikan pengalaman mirip menunggang di luar yang sebenar,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Penulis: Mazlina Abdul Majid     

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca