Bateri tahan dua hari, realme narzo 30 sesuai untuk pemain game online tegar

A
A
A

Oleh MUHAMMAD RAHIMI ZULKIFLI

BAGI penulis, telefon pintar realme narzo 30 yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini telah dikemaskini dan diubah suai dengan baik.

Pertama, selaku seorang pemain video online tegar, fitur tersebut amat bertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki.

Realme narzo 30 antara lain dikuasakan dengan pemproses CPU MediaTek Helio G95 (12nM) dan RAM 6GB.

Pun demikian, terdapat sedikit lengah masa yang dapat dioptimum dan diatasi dengan menurunkan tetapan grafik pada tahap lebih rendah.

Seperkara yang membuatkan penulis kagum, berbeza dengan peranti lain, dari segi penjanaan haba, narzo 30 tidak terlalu panas walaupun penulis berterusan bermain permainan online dalam tempoh lebih sejam.

Pengurangan bateri juga tidak berlaku secara drastik. Dalam durasi sejam, ia akan berkurangan sebanyak 15 peratus dan ia merupakan satu prestasi yang bagus untuk sebuah telefon pintar.

Paling mengagumkan, realme narzo 30 dibekalkan dengan bateri 5,000mAh dan memang cukup besar untuk kegunaan sehari atau dua hari bagi sesetengah pengguna. Tempoh mengecas penuh cuma mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan menggunakan soket kuasa 30W yang turut dibekalkan ketika pembelian.

Menariknya lagi, gajet tersebut turut mempunyai ciri Perlindungan Mata (Eye Protection Mode) yang berfungsi mengurangkan radiasi cahaya biru pada skrin dan mencegah berlakunya ketegangan mata.

Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.

Pendek kata, fitur baharu berkenaan memang sesuai untuk penggemar permainan video ditambah dengan capaian paparan grafik tinggi termasuk video (resolusi 1080 x 2400 FHD+) yang sangat memuaskan hati.

Bagaimana pula dengan kamera yang sememangnya antara kriteria yang paling dinilai oleh seseorang pengguna? Penulis yang telah menggunakan telefon tersebut memberi jaminan bahawa anda akan berpuas hati sesuai dengan harga yang dibayar.

Secara keseluruhan, dengan keupayaan tiga kamera (48MP AI Triple Camera), Macro Lens dan B&W Potrait Lens, juga 16MP kamera hadapan memberi hasil bidikan imej yang mengagumkan dalam pencahayaan yang rendah, agak menarik dengan sokongan AI Beauty Mode dan Bokeh Effect. Ia juga mempunyai kebolehan zum digital 4x.

realme narzoANTARA bidikan foto menggunakan realme narzo 30 yang berkeupayaan tinggi. Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.

 

Untuk video pula, penstabilan Video UIS (UIS Video Stabilization) dan tetapan hingga 1080p/60fps dapat merakam setiap pergerakan tanpa gegaran.

Bercerita tentang rekaan, ia nampaknya tersendiri. Panel belakang pada telefon itu menonjol dengan ilusi optikal garis jalur yang turut boleh ditemui pada siri realme C. Binaannya sedikit tebal dan diperbuat daripada kemasan plastik dan matte yang cantik.

Dengan saiz skrin LCD berukuran 6.5 inci (16.5 sentimeter), bagi penulis, ia ideal untuk dipegang dan tidak terlalu berat.

 

Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.

 

Namun, paling signifikan, realme narzo 30 dapat menyokong perincian perisian terkini, Android 11 dan realme UI 2.0

Seperti telefon daripada siri sebelumnya, model itu turut mempunyai tiga slot kad berbeza dengan dua kad Nano-Sim dan satu microSD yang boleh digunakan secara serentak.

Sebelum terlupa, jika pengguna ingin mendengar kualiti audio yang lebih jelas, anda boleh menggunakan fon telinga berwayar. Anda juga boleh menggunakan Face Unlock yang berfungsi mengimbas muka dengan sangat cepat meskipun dalam keadaan gelap.

Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.Klik di sini untuk pembelian realme narzo 30 untuk harga promosi.

Kepada pembaca SinarPlus yang ingin mendapatkan realme narzo 30, apa kata rebut peluang dengan membelinya menerusi Shopee 6.6 pada harga promosi RM699 sahaja berbanding harga asal RM799. Jangan lupa dapatkan!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca