TIDAK dapat dinafikan keadaan bayi dalam kandungan bergantung pada persekitaran, pemakanan dan juga ubat-ubatan yang diambil ketika ibu sedang hamil.

Pada masa sama, pengambilan ubat seperti tretinoin, phenytoin dan warfarin semasa hamil berisiko menyebabkan sumbing (cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.

Mengulas lanjut mengenai itu, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan, Fahmi Hassan berkata ubat-ubat berkenaan mengandungi kesan teratogenik yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan terutamanya.

“Sebenarnya tretenoin adalah ubat untuk merawat jerawat. Ada dalam bentuk kapsul oral and krim sapuan. Hati-hati kerana sudah banyak skincare yang mengandungi bahan itu.

Warfarin pula ubat cair darah mana phenytoin ni ubat sawan,” jelas Fahmi.

Iklan

Namun demikian, doktor akan mempertimbangkan risiko dan kelebihan jika ubat tersebut benar-benar diperlukan.

“Secara amnya kita akan cuba avoid secara total,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

Tegas Fahmi, untuk krim sapuan di muka, jika kandungannya adalah yang dibenarkan untuk kosmetik, tiada masalah kepada kandungan kehamilan.

“Produk yang dicampur dengan racun berjadual macam tretinoin, boleh diserap dan akan memberi kesan kepada kandungan tetapi risikonya kurang berbanding dengan ubat oral atau suntikan,” ujarnya.