Beautiful Malaysia bukan sekadar acara, Grandmama’s sajikan nostalgia, FM Group tampilkan fesyen tradisi. Memang Padu!

No Image Caption
A
A
A

BILA berbicara tentang Malaysia, satu perkara yang tak boleh disangkal, kekayaan budayanya yang berwarna-warni.

Baru-baru ini, program Beautiful Malaysia telah diadakan di Restoran Grandmama’s, Pavilion Damansara Heights, mengangkat keunikan budaya tempatan menerusi masakan, busana warisan, dan kesenian.

No Image Caption



Anjuran Grandmama’s, FM Group dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), acara ini bukan sekadar jamuan berbuka puasa, tetapi satu perjalanan merentasi warisan Malaysia yang cukup indah.

Seiring dengan semangat Ramadan dan Syawal, Grandmama’s memperkenalkan bufet istimewa Keindahan Rasa.

No Image Caption



Kata Ketua Cef Grandmama’s, Cef Raja Kamaroszaman, setiap hidangan yang disajikan bukan sekadar memenuhi selera, tetapi membawa cerita di sebalik warisan Malaysia.

“Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman yang bukan sahaja menyambut tetapi juga mendidik dan mengilhamkan komuniti kita mengenai kekayaan budaya Malaysia," ujarnya.

No Image Caption



Antara hidangan yang menjadi bintang malam itu termasuk:

- Nasi Briyani Ayam Kambus – sentuhan unik yang menggabungkan aroma rempah ratus klasik.

- Rendang Tok – resipi turun-temurun dari Perak yang kaya dengan rasa dan sejarah.

- Laksa Kari – hidangan signature yang memikat selera dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan berkrim.

Kalau makanan sudah cukup mengujakan, fesyen pula tidak kurang hebatnya.

No Image Caption



No Image Caption



FM Group tampil dengan pertunjukan fesyen istimewa yang mengangkat keindahan sulaman, batik, dan songke.

Gabungan kreatif Farel Mikhail & Jonathan Kok bersama pereka fesyen berbakat dari seluruh Malaysia, dari Pulau Pinang hingga Sarawak, menampilkan busana tradisional Melayu dalam gaya yang segar dan memukau.

"Fesyen, seperti makanan dan seni, adalah medium untuk mengekalkan serta mengembangkan identiti budaya kita," ujar Farel Mikhail.

No Image Caption



Bagi yang gemar seni kraf, KEMAS membawa elemen istimewa dengan demonstrasi sulaman tradisional secara langsung.

Teknik sulaman ini bukan sahaja melambangkan kehalusan seni orang lama, tetapi juga memastikan seni warisan ini tidak lapuk ditelan zaman.

Acara Beautiful Malaysia bukan sekadar perayaan budaya, tetapi satu langkah awal menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Inisiatif ini selari dengan usaha kerajaan dalam memelihara, memperkasa, dan memulihara sejarah serta warisan negara.

No Image Caption



Dengan kombinasi makanan, fesyen, dan seni budaya, Beautiful Malaysia bukan sahaja mencerminkan keindahan negara kita, tetapi juga memastikan warisan ini terus dihargai dan diteruskan oleh generasi akan datang.

Jadi, siap sedia untuk lebih banyak acara yang meraikan Malaysia, Truly Asia!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang