5 jenis beg serlahkan gaya maskulin jejaka
BUKAN sekadar beg biasa-biasa sesuai dimuatkan dengan pelbagai item peribadi. Bagi jejaka yang mementingkan kekemasan dan bukan jenis yang semberono, pemilihan beg harus padan dengan penggunaannya.
Jika mahu ke pejabat, stailnya mestilah berbeza berbanding beg menghadiri majlis rasmi mahupun bersantai atau bercuti.
Bagi jejaka yang gemar membawa gajet yang banyak, pastinya sebuah beg mempunyai lebih kompartmen diperlukan supaya barangan bernilai itu boleh disimpan dengan lebih selamat.
Kepada jejaka yang sedang mentransformasikan diri untuk lebih bergaya, maskulin dan sofistikated di hadapan umum, mungkin 5 jenis beg ini boleh dijadikan panduan asas.
1. Beg ransel
Antara pilihan beg paling popular dalam kalangan lelaki kerana rekaan yang besar boleh memuatkan kesemua item peribadi seperti peranti elektronik, bekal makanan atau pakaian ke gimnasium.
Beg jenis itu juga sesuai dipakai dengan fesyen street wear dan dibawa ketika aktiviti ekstrem seperti mendaki atau backpackers. Namun begitu, ia tidak sesuai digunakan untuk golongan profesional, apatah lagi digandingkan dengan sut dan blazer formal.
2. Beg posmen
Lebih dikenali dengan nama satchels kerana rekaan yang klasik dengan tali silang. Cukup digemari jejaka bersifat cool dan sukakan kelainan.
Direka dengan fabrik kalis air, beg seperti pembawa surat surat zaman dahulu kala itu juga didatangkan dengan jenis kulit yang cukup berkualiti dan ia boleh diakses dengan satu ‘pintu’ beg.
3. Beg bimbit
Masih belum pupus dek kepesatan fesyen terkini lebih-lebih beg bimbit itu pernah menjadi trending pada era 60-an terutamanya dalam filem aksi perisik terkenal, James Bond. Kini, rekaannya dilihat lebih sporty dan elegan untuk jejaka korporat menyimpan komputer peribadi dandokumen penting.
Jika inginkan penampilan formal, pilihan beg bimbit seperti ini sangat disyorkan.
4. Beg tangan
Bukan hanya untuk wanita, beg tangan lelaki juga direka khas untuk gaya stailo yang menarik tanpa meminggirkan item penting seperti notepad, komputer riba dan aksesori peribadi lain.
Ada yang didatangkan dengan fabrik tahan lasak, kalis air dan terdapat diperbuat daripada kulit haiwan. Namun harganya agak tinggi sedikit.
5. Beg tote
Satu lagi pilihan gaya beg yang santai dan ringkas. Material daripada kanvas yang murah, namun ketahanannya agak berbaloi.
Jangan tidak percaya, kebanyakan syarikat gergasi kini membuat beg seperti itu sebagai kompartmen komputer riba dengan zip penuh.
Saiznya yang praktikal memudahkan ia digalas ke mana-mana sahaja destinasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang