NAMPAKNYA, selepas lebih tiga bulan terpaksa memerap di rumah bagi memerangi jaringan Covid-19, kini kita dapat menarik nafas lega apabila pihak kerajaan memberi kebenaran bercuti bersama famili dan teman-teman. 

Walaupun buat masa ini hanya berpeluang menerokai destinasi si dalam negara, tiada salahnya. Sudah tiba masanya korang mengenali keistimewaan lokasi di tanah air sendiri.

Lagipun jika bukan rakyat Malaysia yang menyokong industri pelancongan domestik, maka siapa lagi?

Pun begitu, dikala teruja pergu bercuti baik di kawasan peranginan tanah tinggi mahupun menenangkan fikiran  sambil memandang keindahan pantai, jangan ambil ringan pada pematuhan prosedur standard operasi (SOP).

Selain menjaga penjarakan fizikal, pastikan tas tangan peribadi ‘norma baharu’ membawa pelbagai item wajib.

Jangan hanya menitikberatkan set kosmetik seperti gincu, pemerah pipi dan bedak asas semata-mata sehingga mengabaikan kesihatan  diri.

Justeru, segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi item yang wajib dibawa ketika bercuti. Antaranya ialah:

1 Beg tangan

beg tangan

Pilih beg tangan bersaiz besar bagi memudahkan anda menyimpan pelbagai barangan peribadi.

2 Hand sanitizer

Letakkan sekurang-kurangnya dua botol hand sanitizer bersaiz mini di dalam tangan.

hand sanitizer

Gunakan ia setiap kali selepas menyentuh apa sahaja permukaan ataupun singgah di tempat awam seperti stesen minyak, restoran atau tandas awam.

Iklan

3 Pelitup muka

Berikutan kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng muka bermula pada 1 Ogos lalu, maka bawa beberapa helai dan letakkan ia dalam pek plastik atau bekas khas.

mask

Langkah tersebut bagi mengelakkan pelitup muka tercemar.

Iklan

4 Tisu basah

Jangan lupa membawa satu pek tisu basah bersama bagi memudahkan anda mengelap tangan dan permukaan yang disentuh.

5 Telekung dan sejadah

Elak berkongsi kelengkapan solat tersebut dengan orang lain. Sebaik-baiknya bawa telekung dan sejadah sendiri.