Bengkung bukan kempiskan perut, tak perlu pakai setiap hari, Dr Amalina jelaskan fungsi sebenar

BENGKUNG adalah lilitan kain membaluti perut di bahagian pinggang yang digunakan wanita selepas bersalin dipercayai mampu mengempiskan perut sekali gus menurunkan berat badan. Ada sesetengah tempat memanggilnya barut.

Amalan yang menjadi tradisi turun temurun dalam budaya itu salah satu langkah penjagaan kesihatan tradisional bagi wanita berpantang tradisional.

Pada era moden kini, abdominal binder yang dipanggil bengkung moden dipakai ramai wanita bagi menggantikan bengkung tradisional.

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri menjelaskan pemakaian bengkung bagi wanita selepas bersalin dibolehkan namun ia bukanlah satu kemestian.

Iklan
Iklan

Baca juga: Berbengkung bawa manfaat atau hanya bahana? Kata pakar ini boleh buat kita fikir sekali lagi

Ibu kepada cahaya mata perempuan itu menerusi Insta Story berkongsi bengkung bukanlah alat yang boleh membantu wanita menurunkan berat badan tetapi sebagai penyokong bahagian abdomen dan belakang.

“Bengkung atau abdominal binder adalah penyokong bahagian abdomen dan belakang, ia bukan alat yang mengempiskan perut (weight loss device).

“Anda tidak perlu memakainya setiap hari dalam tempoh yang lama kerana ia boleh membahayakan. Ia tidak sepatutnya diwajibkan,” kata Dr Amalina menjawab persoalan warganet.

Suri hati Alexander Charles itu menasihatkan wanita selepas bersalin yang ingin menurunkan berat badan atau mendapatkan bentuk badan asal sebelum hamil mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam.

Dr Amalina berkongsi perihal bengkung menerusi Q&A Insta Story apabila warga maya bertanya tentang pemakaiannya.

Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin

Kredit foto: Freepik

Malah ibu kepada Arabella Mia itu mendedahkan tidak memakai bengkung selepas bersalin. Dr Amalina juga tidak mengambil menu pantang sebaliknya mengamalkan pemakanan sihat.

“Saya tidak mempunyai menu khas berpantang. Saya makan apa yang biasa dimakan semasa sebelum hamil iaitu sajian seimbang dan air kosong dua hingga tiga liter sehari.

“Saya juga mengehadkan pengambilan minuman bergula, memakan buah-buahan dan sayuran. Saya mengurangkan garam dan gula dan bersenam,” kongsi Dr Amalina.

Mengikut pantang tradisional Melayu, berbarut atau penggunaan barut yang ketat pada perut dengan menyapu limau mentah di perut adalah untuk tujuan memanaskan tubuh.

Barut selalunya terdapat dalam bentuk pembalut yang mempunyai banyak tali untuk mengikat. Barut sepanjang kira-kira lima setengah meter dan lebarnya satu suku meter akan diikat serta disimpul pada bahagian perut kerana dipercayai boleh mengetatkan otot yang kendur. Malah orang-orang lama percaya penggunaan barut membantu ibu kelihatan lebih kemas dan ramping.

Baca juga: ‘Comelnya Bella berbaju kurung’- Anak Dr Amalina jadi perhatian warga maya

Sumber: Instagram Dr Amalina

Kredit foto utama: Image by Freepik 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

3 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

17 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

20 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

22 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

22 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago