KITKAT, antara jenama coklat terkenal kesukaan rakyat Malaysia memperkenalkan perisa baharu KITKAT Dark Cookies edisi terhad.

KITKAT Dark Cookies edisi istimewa itu menawarkan gabungan unik coklat, wafer dan dark cookies yang rangup.

Penggemar coklat KITKAT pasti akan teruja dengan kemunculan dan kelazatan KITKAT Dark Cookies yang sesuai dinikmati sebagai snek.

Kerangupan dark cookies yang diadun bersama konfeksi memberikan gabungan sempurna untuk menyalut wafer KITKAT yang dilapis dengan krim coklat susu.

Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestle Malaysia dan Singapura, Frederic Porchet berkata, produk terkini berkenaan dirumus khas sebagai kudapan sempurna untuk rakyat Malaysia yang ingin berehat sejenak pada saat sibuk dengan tugasan harian.

Ujar Porchet lagi, selaras dengan identiti jenama KITKAT yang menjanjikan senyuman, tekstur rangup daripada serpihan dark Cookies di atas wafer KITKAT pasti akan membuatkan penggemar coklat tersenyum apabila menikmatinya.

“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan semangat untuk mencuba makanan dan snek baharu memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja keras dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan supaya menghasilkan produk yang akan mengujakan semua penggemar coklat.

Hasilnya, kemunculan variasi KITKAT yang unik yang digemari rakyat Malaysia saban tahun dan saya berharap agar KITKAT Dark Cookies ini juga akan menjadi kesukaan ramai,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

KITKAT Dark Cookies boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu KITKAT Dark Cookies 4-Jejari pek tunggal dan pek pelbagai yang mengandungi lima pek tunggal KITKAT 2-Jejari.

Iklan

Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan semangat untuk mencuba makanan dan snek baharu memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja keras dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan supaya menghasilkan produk yang akan mengujakan semua penggemar coklat.

Dark Cookies telah mula dijual di seluruh negara pada pertengahan Julai lalu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia

BACA JUGA: Gerenti sedap, KITKAT keluarkan edisi terhad perisa pisang, ambil ilham watak Minions yang suka makan buah tu

Iklan

BACA JUGA: Hadiahkan orang tersayang dengan KITKAT Gold edisi terhad. Boleh ‘follow’ 2 resipi mudah dan cepat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.