‘Sharing is caring’. Ya, pepatah Inggeris ini memang tepat namun ada beberapa barangan peribadi kita yang tidak harus dikongsi bersama orang lain termasuklah pengetip kuku.

Alamak, kenapa?

Dalam kalangan kita, ada yang gemar berkongsi barangan peribadi kerana kurang prihatin terhadap risikonya.

Perkongsian ini akan selalu berlaku dalam kalangan orang yang kita sangat rapat seperti suami atau isteri, ahli keluarga serta rakan karib.

Tahu tak kenapa tak boleh kongsi pengetip kuku? Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Awas, kongsi pengetip kuku berisiko sebarkan Hepatitis C!

Pengetip kuku adalah sejenis alat yang dicipta khas untuk memotong atau mengerat kuku jari tangan dan kaki. Sudah menjadi satu kebiasaan yang mana kita akan berkongsi alatan tersebut kerana cuma terdapat beberapa unit sahaja di rumah.

Pun begitu, wajarlah untuk kita tahu bahawa perbuatan tersebut adalah berbahaya kerana berisiko menyebarkan pelbagai jenis penyakit termasuklah Hepatitis C (HCV). Untuk pengetahuan korang, HCV adalah sejenis penyakit yang boleh merebak melalui darah.

Ini bermakna seseorang yang menghidapinya berisiko sebarkan penyakit ini kepada individu lain jika terdapat luka, rongga atau bukaan pada kulit sehingga mengalirkan darah. Disebabkan itu, barangan peribadi seperti berus gigi, sikat rambut, pisau cukur, pakaian dan pengetip kuku tidak boleh dikongsikan lebih-lebih jika mereka berpenyakit.

Selain tidak berkongsi pengetip kuku, apa penderita perlu buat?

Sekiranya korang adalah salah seorang dari penderita Hepatitis C, jangan sesekali berkongsi barangan peribadi meskipun korang yakin tiada darah yang boleh disebarkan.Dalam pada itu, sila beri amaran kepada orang di sekeliling terutamanya yang tinggal serumah tentang penyakit yang korang sedang alami ini agar mereka lebih berwaspada.

Antara individu yang wajib diberi amaran termasuklah:

  • Orang yang tinggal serumah dengan anda
  • Doktor
  • Jururawat
  • Ahli akupuntur
  • Pencacah tatu
  • Penindik telinga
  • Bukan sahaja Hepatitis C, wujud juga risiko penyakit lain!

Ya, memang wujud risiko penyakit lain. Selain HCV, terdapat beberapa risiko jangkitan penyakit akibat perkongsian barangan peribadi termasuklah pengetip kuku.

Antara jangkitan penyakit yang dimaksudkan adalah:

Iklan
  1. Jangkitan cacing

Jangkitan cacing seperti pinworms boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian kulit terutamanya bahagian alat sulit dan lubang dubur.

Sekiranya tangan penderita tersentuh bahagian yang terjangkiti dan menggunakan pengetip kuku, ia boleh meninggalkan risiko jangkitan.

  1. Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria seperti bakteria pemakan daging boleh menyebabkan kerosakan pada tisu kulit yang seterusnya mungkin jadi punca cacar air.

Ada satu kes di Amerika yang mana seorang wanita terjangkiti bakteria ini ketika menjalani rawatan manicure akibat perkongsian pengetip kuku.

Iklan
  1. Jangkitan virus

Jangkitan virus seperti Human Papilloma Virus (HPV) boleh menyebabkan ketuat plantar yang merebak melalui luka, rongga atau bukaan pada kulit. Ia juga boleh tersebar melalui perkongsian pengetip kuku dan biasa menyebabkan ketuat pada sekitar bahagian tapak kaki, keting atau betis.

Akhir kata, terdapat banyak jangkitan penyakit yang boleh berlaku jika berkongsi barangan peribadi termasuklah pengetip kuku.

Jadi, sila guna dan simpan ia hanya untuk diri korang jer!

SUMBER : Hello Health Group