KEPADA anda yang sudah mendapat vaksin Covid-19, ini ada satu berita gembira sempena program iQiyi Bersama Rakyat Malaysia.

Peneraju penstriman hiburan Asia, iQiyi ingin memberi anda hadiah berupa langganan secara percuma dengan baucer langganan VIP iQiyi bernilai RM1.5 juta sedia untuk ditebus selama dua minggu kepada yang terpilih.

Wah, memang puas menonton rancangan, drama atau filem menerusi iQiyi ini kerana mereka mempunyai lebih 3,000 kandungan yang menarik.

Syaratnya mudah, anda semua perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 terlebih dulu.

Peluang itu terbuka sekarang dan akan berterusan pada satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Pengguna iQiyi yang menempah ujian Covid-19 dengan BP Healthcare dan menjadi sukarelawan di MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) juga akan mendapat langganan VIP percuma daripada iQiyi.

Perghhh…menarik sungguh!

Terdahulu, iQiyi telah berganding bahu dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memperkasakan usaha imunisasi dalam menyokong agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan pencapaian 70 hingga 80 peratus imuniti kelompok pada penghujung 2021.

Dalam satu kenyataan bersama iQiyi dan CITF, menerusi program iQiyi Bersama Rakyat Malaysia, iQiyi akan bekerjasama dengan CITF melunaskan langganan VIP iQiyi bernilai RM1.5 juta kepada orang ramai di seluruh negara yang telah divaksin.

“Dengan lebih 3,000 kandungan Asia di platform iQiyi International diberikan secara percuma, iQiyi melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyokong CITF bagi mendorong peningkatan pendaftaran dan kadar kehadiran orang ramai untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui sokongan dan inisatif berasaskan ganjaran di seluruh tanah air,” kata mereka.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan CITF dengan menghadiahkan langganan percuma kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin COVID-19.

“Kami ingin menghiburkan orang ramai dengan kandungan hebat Asia ketika mereka berada di rumah seterusnya menjadikan masa yang diluangkan sepanjang PKP 3.0 terasa lebih seronok dan tidak membosankan,” katanya.

Untuk butiran dan maklumat mengenai tawaran serta cara menebus baucar, sila lihat carta berikut:

Iklan

Wah, menarik betul!

Bolehlah layan cerita Korea dan Anime selepas ini. Drama Melayu pun ada tau…

Maklumat mengenai tawaran dan cara menebus baucar, layari https://iqiyibersamarakyat.