INFINIX, sebuah jenama baharu dalam pasaran elektronik pengguna baru-baru ini melancarkan kategori produk Artificial Intelligence (AIoT) terkini mereka berupa telefon pintar dan komputer riba.

Pengarah Pemasaran Kanan Infinix Mobility Limited-Malaysia, Vincent Pong berkata, pihaknya berbangga untuk memperkenalkan siri telefon pintar yang sangat dinanti-nantikan, ZERO X NEO dan siri komputer riba yang pertama daripada jenama itu.

Dalam merealisasikan konsep AIoT, Infinix bersedia untuk mewujudkan ekosistem bersepadu ‘telefon pintar + perkhidmatan sambungan mudah alih + peralatan rumah + aksesori digital’ kerana kami kini memimpin pelanggan untuk mengalami kehidupan pintar yang futuristik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berikut perincian kepada kedua-dua fitur berkenaan:

ZOOM TO INFINITY & BEYOND DENGAN ZERO X NEO

ZERO X NEO yang memaparkan kamera dengan keupayaan visual luar biasa yang membolehkan pengguna membuat karya menarik daripada setiap rakaman.

-Peranti ini dilengkapi dengan teknologi visual terunggul seperti pemprosesan Ultra Game-Play MediaTek Helio G95 dan Mod Super Moon, digabungkan dengan kamera periskop 60X moonshot  dan Enjin Algoritma Galileo yang dibangunkan oleh Infinix.

-ZERO X NEO juga tersedia dengan kamera belakang Super Night 48MP dan 16MP  dwilampu hadapan dan teknologi AI yang dipertingkatkan pada kamera swafoto – untuk menghasil gambar menakjubkan yang dapat mengeluarkan versi terbaik pada mana-mana objek.

-Di samping itu, peranti itu menawarkan video berkualiti tinggi dengan 960 FPS super slow-motion dan 4K time-lapse. 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ciri utama lain Infinix ZERO X NEO termasuk:

  • 5x Optikal Zoom dengan OIS: Alami perasaan menggunakan zoom yang berbeza dengan fungsi 5X zoom optikal dan 60X zoom hibrid untuk menangkap paparan gambar objek yang jauh dengan jelas.

  • Bateri 5000mAh dengan Teknologi Caj Pantas 18W: ZERO X NEO mempunyai bateri 5000mAh yang besar dengan teknologi TÜV Rheinland 18W Safe Fast-Charge yang dioptimumkan sepenuhnya untuk penggunaan yang lebih lama.

  • Universal Flash Storage (UFS) 2.2 dilengkapi Write Booster: Ciri Write Booster daripada Infinix meningkatkan kelajuan penulisan dan pembacaan untuk mempercepatkan aplikasi dan memuatkan cache dan mengurangkan kelewatan atau ketinggalan semasa membuka dan menukar antara aplikasi yang berbeza.

  • Teknologi Audio: Gabungan teknologi PA Pintar dan DTS meningkatkan amplitud dan kelantangan bunyi untuk mencipta pengalaman surround sound.

  • Infinix’s Dar-Link 2.0: Perisian ini meningkatkan kestabilan imej dan sensitiviti kawalan sentuh yang berdasarkan algoritma AI, pada masa yang sama menurunkan suhu peranti untuk menyediakan pengalaman bermain game yang mendalam.

  • Perisian XOS 7.6: Sistem operasi terkini Infinix mengintegrasikan aplikasi yang direka untuk kehidupan yang lebih bijak, seperti Phone Cloner untuk memindahkan semua data ke peranti baharu dengan mudah, Game Zone untuk menguruskan permainan dengan bijak dengan menyekat gangguan seperti notifikasi mesej dan panggilan serta Doc Correction untuk pembetulan dokumen secara automatik dan penyesuaian untuk paparan lebih mudah.

KOMPUTER RIBA PERTAMA INFINIX – Siri INBook X1

-Menggabungkan reka bentuk yang bergaya, nipis dan ringan.

-INBook X1 akan datang dalam tiga versi:

  • INBook X1 Pro dengan Intel® Core™ i7-1065G7, Intel Iris Plus sehingga 64EU.

  • INBook X1 dengan Intel® Core™ i5-1005G1 

  • INBook X1 dengan Intel® Core™ i3-1035G1

-Siri INBook X1 Infinix didatangi dengan rekaan badan anodize sandblasted, dibuat sepenuhnya daripada aluminium gred pesawat.

-Dengan berat kurang daripada 1.48 kilogram dan 16.3 milimeter tebal, komputer riba ini dilengkapi dengan engsel 180 darjah yang membolehkannya dicondong secara mendatar.

Iklan

-Untuk mencerminkan keindahan langit malam di sempadan Norway, reka bentuk keseluruhan komputer riba ini mempunyai kesan logam yang menggambarkan kebolehan komputer riba yang tiada hadnya dan ciri-ciri tersendiri Infinix.

Ciri utama lain bagi siri INBook X1 termasuk:

  • Teknologi pengecasan pantas: Dengan hayat bateri 13 jam dan adapter 65W PD 3.0 AC yang dapat meningkatkan kecekapan pengecasan dengan menjana 70 peratus kuasa hanya dalam masa satu jam. Pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada Battery Management System (BMS) Infinix sendiri dan memanjangkan hayat bateri dengan mengurangkan penggunaan kuasa secara bijak dalam senario yang berbeza.

  • Prestasi komprehensif: Dikuasakan oleh pemprosesan daripada Intel, siri INBook X1 mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti yang diperlukan seperti memproses data dan program yang dipramuat dengan Windows 10 dan Microsoft 365 untuk menyokong pelbagai keperluan kerja mudah alih. Sistem penyejukan Poloar Monster menggunakan saluran udara gred tentera untuk menurunkan suhunya dengan berkesan apabila berhadapan dengan beban kerja yang berat.

  • Unjuran Skrin InSync: Aplikasi terbina dalam memberikan pengguna akses kepada fungsi pelbagai skrin InSync, membolehkan mereka menyelaraskan fail kerja dengan lancar antara komputer riba, televisyen dan telefon pintar supaya dapat membawa idea mereka ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

  • Sambungan lancar dan ciri pintar: Dilengkapi dengan kad rangkaian nirwayar WiFi 6 dan keupayaan sokongan Bluetooth 5.1 untuk meningkatkan kelajuan rangkaian dengan berkesan dan menampilkan fungsi pembukaan menggunakan Cap Jari Ultra-pantas.

  • Kejayaan teknologi video dan audio: Dilengkapi dengan stereo rongga empat lapisan yang dipertingkatkan oleh teknologi bunyi DTS yang dipatenkan dan webcam 720P yang boleh dimatikan sepenuhnya untuk privasi serta dua tatasusunan mikrofon digital untuk komunikasi video dan audio yang lancar, walaupun dalam persekitaran yang bising.

    Jangan lupa follow kami di Instagram!

Harga dan Ketersediaan 

ZERO X NEO (128 GB + 8GB) akan dilancarkan pada harga RM 899 dan boleh didapati dalam tiga warna: Nebula Black, Starry Silver dan Bahamas Blue.

Iklan

Siri INBook X1 merangkumi tiga variasi: Intel® Core™ i3 (256 GB + 8 GB) berharga RM 1,999, INBook X1 Intel® Core™ i5 (512 GB + 8 GB) berharga RM 2,499 dan INBook X1 Pro Intel® Core™ i7 (512 GB + 16 GB) berharga RM 3,099.

Siri komputer riba itu akan tersedia dalam empat warna iaitu Noble Red, Elves Green, Starfall Grey dan Elegant Black.

Semua produk akan dilancarkan secara eksklusif di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee mulai hari ini dengan tawaran istimewa dan penebusan baucar Shopee sehingga RM200 dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai penyelesaian menyeluruh AIoT, sila layari laman web Infinix Malaysia, halaman Facebook, laman Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee dan Lazada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!