KITA sering mendengar lagu di radio, media sosial, televisyen dan sebagainya. Ada kalanya lagu yang dimainkan membuatkan kita tertarik pada lagu tersebut mungkin kerana ia bersesuaian dengan jiwa, lagu baharu atau lagu luar negara.

Masalah pula akan timbul jika kita tidak mengetahui tajuk lagu dan sentiasa tertanya-tanya akan tajuk lagu tersebut ditambah pula dengan masalah untuk mengingati liriknya.

Jika lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Melayu mungkin kita akan senang untuk mencari apakah tajuk lagu tersebut.

Namun, jika lagu tersebut dimainkan dalam bahasa Inggeris atau sebagainya maka bermulalah masalah pencarian akan timbul. Betul tak?

Itu dahulu, kini tidak lagi. Berterima kasihlah kepada Google yang mana melalui fungsi Search On, Google telah memperkenalkan fitur baharu untuk mencari lagu tanpa menaip lirik, nama artis mahupun judul lagu. Wow! Menarik bukan?

Bersiul selesai masalah, nak cari lagu di Google lebih mudah

Kalau sebelum ini, kita perlu cari tajuk lagu dengan hanya menggunakan lirik, tapi fitur terbaharu yang diperkenalkan oleh Google ni kita hanya perlu ‘Hum To Search’ untuk mencari lagu yang diinginkan.

Caranya cukup mudah, pengguna di Google boleh mencari lagu hanya dengan bersiul atau menyanyikan lagu tersebut dengan irama yang tepat supaya Google dapat mengesan rentak lagu kemudian menyenaraikan lagu-lagu yang berkaitan dengan bunyi yang dihasilkan.

Bersiul selesai masalah, nak cari lagu di Google lebih mudah

Untuk mencari fitur ini, hanya perlu masuk ke aplikasi Google yang telah dikemaskini, kemudian tekan pada ikon mikrofon dan klik pada butang ‘Search for a song’.

Boleh juga menggunakan Google Assistant dan bercakap, ‘Hey Google, what’s this song?’

Iklan

Seterusnya, boleh mula humming atau bersiul sekitar 10 hingga 15 saat. Kemudian, algoritma mesin pembacaan akan mula mengenal pasti padanan lagu yang berpotensi.

Bersiul selesai masalah, nak cari lagu di Google lebih mudah

Buat masa ini, fitur ini tersedia lebih daripada 20 bahasa. Sama ada lagu bahasa Inggeris, lagu Melayu, Indonesia, Korea, Arab, Hindustan dapat dikesan Google.

Menurut Google, pihaknya akan menghadirkan lebih banyak bahasa yang akan menyokong fitur ini pada masa akan datang. Fitur terbaharu ini anda boleh digunakan melalui aplikasi Google.

Iklan

Bersiul selesai masalah, nak cari lagu di Google lebih mudah

Jadi, cepat-cepat ‘update’ versi terbaharu melalui Playstore atau AppsStore.

Selamat mencuba!