BERTANGAS antara rawatan tradisional yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita. Selalunya apabila hendak bertangas kita akan pergi ke spa bukan? Dalam keadaan harga barang yang semuanya naik sekarang ini, kita perlu berjimat-cermat.

Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Ramai yang mengaitkan amalan bertangas hanya untuk wanita selepas bersalin atau sudah berkahwin namun fakta itu tidak tepat.

Baca juga: Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Seawal remaja, wanita digalakkan mengamalkan bertangas untuk kesihatan dalaman yang lebih baik.

Amalan bertangas ini boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ramai wanita beranggapan susah untuk bertangas terutama daripada segi penyediaan bahan-bahan.

Baca juga: “51 macam 31”- Sheila Rusly sambut ulang tahun ke-51, kekal awet muda dikagumi wanita lain

Kredit foto: Pixabay

Sebenarnya bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.

Apa kata kita cuba buat sendiri sahaja amalan bertangas di rumah. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan. Paling penting bahan yang digunakan tidak banyak dan hanya boleh didapati di dapur sahaja.

Baca juga: 10 tip isteri pikat suami Dr Fadzilah Kamsah, tak perlu manja, yang penting solehah

BAHAN-BAHAN:

3-4 helai daun sirih
Halia tua
Kunyit hidup
Serai
Asam jawa
Asam keping
Biji manjakani (opsyenal)
Halba
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa

LANGKA-LANGKAH:

1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda (untuk dijadikan pes pekat).

2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.

3. Letakkan pes yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.

4. Sediakan kain batik, litupi seluruh badan dan sedia untuk bertangas.

5. Pastikan wap herba tersebut sampai pada seluruh bahagian tubuh.

Baca juga: Berjalan laju 75 minit sehari boleh panjang umur, wanita rebut manfaatnya

Iklan

KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA

  1. Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.

2. Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.

3. Mengurangkan masalah keputihan.

4. Melancarkan haid.

5. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama bahagian rahim.

Iklan

Baca juga: Sebelum jalani ujian pap smear untuk kesan kanser serviks, berikut 5 perkara yang tak boleh wanita lakukan

Sumber dan foto: Shahmila Radha

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.