SEJAK wabak Covid-19 melanda dunia, kesedaran untuk mengekalkan sistem imun yang kukuh dan lebih kuat semakin tinggi.

Imun yang kuat bertindak sebagai perisai untuk mempertahankan badan kita daripada sebarang serangan virus.

Tabiat kesihatan yang baik termasuklah mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien mikro, bersenam atau kekal aktif secara fizikal.

Sehubungan itu, BiO-LiFE, sebuah syarikat penjagaan kesihatan semula jadi dan holistik yang telah bertapak lebih 30 tahun di Malaysia menjemput warga Malaysia untuk bangkit bersama-sama dengan Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself (GHBY)!

Menurut Pengurus Besar MEGA BiO-LiFE Malaysia & Singapura, Balaji Rajagopal, BiO-LiFE berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan hidup sihat agar dapat membina sistem imun yang lebih kuat dalam menghadapi ancaman berterusan daripada virus yang mudah berjangkit dan sentiasa berubah.

“Dengan begitu banyak risiko di sekeliling kita adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan dan menguatkan imuniti supaya kita sentiasa dapat dilindungi.

“Melalui cabaran ini, kami mengambil peluang untuk menggalakkan warga Malaysia supaya sentiasa aktif, kekal sihat dan mengoptimumkan imuniti mereka!,” katanya.

Ujar Balaji, dengan mencabar diri sendiri untuk berpegang kepada rutin baharu selama 21 hari, seseorang bukan sahaja dapat keluar dari zon selesa, malah dapat mengamalkan gaya hidup baharu dan lebih baik.

“Sama ada bersarapan setiap hari, berjalan 10,000 langkah sehari atau mengurangkan setengah jam masa skrin setiap hari, cuma pilih satu cabaran yang paling sesuai dengan matlamat anda! Walaupun dengan diri sendiri, adalah tidak mustahil untuk membuat perubahan dan menikmati kesihatan yang baik,” katanya.

Mulai 1 Jun hingga 31 Julai ini, buatlah janji untuk mencapai matlamat melalui Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE!

Hanya pilih satu cabaran kesihatan daripada salah satu kategori (diet, aktiviti fizikal atau gaya hidup) dan kongsikan kemajuan dalam tempoh 21 hari di media sosial berdasarkan garis masa di bawah:

BACA JUGA Tingkatkan imunisasi si kecil dengan makanan tambahan ini. Ia juga boleh bantu dapatkan diet seimbang

BACA JUGA Imuniti berkurangan, suntikan vaksin ke-4 satu ‘keperluan’ – CEO Pfizer

Hari 1: Permulaan
Kongsikan cabaran peribadi anda dengan kad jemputan yang akan dihantar selepas mendaftar dalam talian. Galakkan rakan dan keluarga anda untuk menyertai bersama!

Hari 7 & 14: Kemas kini kemajuan
Kongsikan pendapat anda tentang cabaran anda setakat ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video.

Hari 21: Kesimpulan
Cabaran tamat! Kongsikan hasil akhir dan apa-apa yang ada dalam fikiran anda selepas menyelesaikan cabaran seperti perubahan yang anda perhatikan dan sama ada anda bercadang untuk meneruskan tabiat sihat ini.

Pastikan hantaran yang berkaitan dengan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE memenuhi kriteria berikut:

Siaran media sosial didedahkan kepada umum dan dikongsi melalui Facebook dan/atau Instagram.

Iklan

Tag BiO-LiFE di Facebook @biolifemarketing dan Instagram @biolifemy dengan hashtag #21dayschallenge #MegaBiolifeGHBY #takechargeofyourwellness;

Tambahkan templat pelekat yang anda terima dalam e-mel pengesahan pada foto atau video anda sebelum menyiarkannya melalui laman sosial anda.

Paling penting, 300 orang peserta pertama yang menamatkan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari ialah pemenang!

Bagaimanapun, untuk menjadikan cabaran lebih menarik, siaran paling kreatif berpeluang memenangi hadiah-hadiah tambahan yang berjumlah lebih daripada RM46,000:

Hadiah Utama (5 pemenang)
-Penginapan 3H2M di Langkawi Bella Vista Waterfront bernilai RM810 (Suite Bella Vista, termasuk sarapan pagi dan 2x tiket masuk dewasa ke Splash Out Langkawi)

Hadiah Istimewa (50 pemenang)
-Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM50
-Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Imunix

Iklan

Hadiah Saguhati (100 pemenang)
-Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM30
-Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Imunix

Hadiah penyertaan (untuk peserta yang melengkapkan cabaran 21 hari, terhad kepada 300 peserta terawal sahaja)
Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Nat B Fizzy
1 pingat istimewa

Daftar untuk Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself BiO-LiFE. Mulakan di sini : http://biolife.2.vu/21Dsignup

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Bio-Life Malaysia https://www.facebook.com/biolifemarketing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan