'Layan' bingka roti kukus, elak pembaziran. Mudah, pakai blender je!

A
A
A

MAKAN juadah ini ketika waktu sarapan atau minum petang 'layan' juga.

Bingka atau bengkang iaitu kuih yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung gandum atau ubi kayu, santan, gula dan lain-lain ini memang sedap dinikmati sebagai pemanis mulut.

Kadang ia juga mengenyangkan. Hendak membuatnya pun agak mudah dan ringkas.

Menurut pemilik yang berkongsi ini, jika tengok roti dah nak habis tempoh tu boleh la cuba buat bingka roti kukus ini. Insya-ALLAH sedap.

Bingka roti kukus

Bahan-bahannya:

7 keping roti Gardenia

3 biji telur

1 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar

3 cawan santan

Sedikit garam dan sedikit pewarna kuning telur.

Cara-caranya:

Ringkas cara membuatnya. Semua bahan di'blander je.

Tepi roti tu potong kecil-kecil, tabur di atas adunan. Sapu loyang terlebih dahulu dengan sedikit Planta.

Kukus selama 45 minit. Siap!

Selamat mencuba!

#BIKMM

Kredit: Noriza Awang Hamat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca