SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan dua jenis minyak enjin Shell Helix baharu yang memberi lebih fokus kepada manfaat bagi pengguna untuk memudahkan pengguna memilih minyak enjin yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keperluan mereka.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan utama, iaitu di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa dan daya pecutan yang lebih; atau lalu lintas terhenti-henti di bandar yang menyebabkan tekanan tinggi pada enjin dan perlindungan lebih diperlukan.

Kedua-dua minyak baharu ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan sesuai dengan spesifikasi minyak 0W, 5W ataupun 10W.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu adalah inovasi terkini dari Shell, pengeluar pelincir utama dunia sepanjang 13 tahun yang menampilkan Teknologi PurePlus, minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.

Hakikatnya, minyak enjin merupakan produk ‘berpenglibatan rendah‘. Walaupun pemilik kereta di Malaysia umumnya menyayangi kenderaan mereka, majoriti masih menyerahkan kerja-kerja penyenggaraan kepada bengkel atau pusat servis, terutamanya proses penukaran minyak kerana sering terkeliru dengan istilah-istilah teknikal.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, dengan Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu, matlamat Shell ialah untuk mengembalikan proses pilihan minyak enjin kepada pemilik kereta.

“Sebagaimana yang tertera di label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa manakala produk yang satu lagi pula menawarkan lebih perlindungan.

“Pengguna hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan,” katanya.

Untuk pengetahuan korang, Shell Helix Power juga menggunakan rumusan khas berfokus kepada prestasi yang memaksimumkan kuasa enjin dan memberikan pecutan yang lebih pantas untuk pemanduan yang lebih lancar di lebuh raya, kawasan berbukit dan jalan-jalan terbuka.

Rumusan Shell Helix Protect yang berfokus kepada perlindungan pula mampu membersihkan komponen enjin untuk memanjangkan hayat enjin kereta yang sering mengalami keadaan trafik yang sesak di kawasan bandar.

Boleh try rumusan minyak baharu ni, katanya power!

Iklan

Oleh kerana kedua-dua produk ini adalah minyak enjin sintetik sepenuhnya yang berkelikatan rendah, alirannya adalah lebih pantas untuk menyaluti dan melindungi komponen penting semasa enjin dihidupkan.

Ini dapat mengurangkan kehausan enjin yang disebabkan oleh permulaan sejuk, mengurangkan penggunaan bahan api, mengurangkan kadar pelepasan karbon dan kos penyenggaraan juga akan lebih rendah dengan perlindungan enjin yang lebih tinggi.

“Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu adalah pilihan yang lebih pintar dan mampan. Produk baru ini mencerminkan komitmen Shell untuk membawakan lebih penyelesaian tenaga yang lebih bersih dengan cara yang lebih bertanggungjawab,” tambah Nyon.

Shell Malaysia turut mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk tersebut. Mulai hari ini, dengan pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima hadiah percuma sebuah replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.

Iklan

Di samping itu, Shell Malaysia juga menjalankan inisiatif #BecauseWeCare sempena pelancaran Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu.

Shell telah mengedarkan minyak enjin baharu tersebut dan Pek Perlindungan Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab.

Dengan enjin kereta yang dilindungi oleh minyak enjin Shell Helix yang baharu ini, pemandu dan penumpang juga dapat menikmati ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa mereka juga turut dilindungi dalam perjalanan mereka.