BAGI mereka yang menyukai jagung, korang wajib cuba buat sendiri jagung manis ini.

Biasanya kita beli di pusat membeli belah atau panggung wayang, harganya agak mahal.

Kini, korang boleh buat sendiri di rumah hanya menggunakan lima bahan ringkas yang ada di dapur.

Selain cara penyediaan yang dijamin bersih, korang juga akan dapat menikmati rasanya yang padu 10 kali ganda lebih sedap, murah dan banyak.

Boleh makan sepuas hati. Masin-masin manis, aduhai sedapnya!

Mari kita tengok perkongsian Azizah Ali ini.

Bahan-bahannya;

  • Jagung
  • 1 sudu besar planta
  • 1 tin susu cair
  • Keju (ikut cita rasa)
  • Garam secukup rasa

Cuba juga resipi Spageti segera untuk anda yang sibuk dan tiada masa, cepat dimasak, sedap untuk dimakan

Cara-caranya;

Iklan

1. Rebus jagung terlebih dahulu dan selepas direbus, buangkan air rebusan tersebut.

2. Letak garam secukup rasa.

3. Masukkan susu cair bersesuaian dengan kuantiti jagung.

Iklan

4. Masukkan planta ikut keperluan dan keju sebagai penyedap rasa.

5. Kacau perlahan-lahan. Siap!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!