Buat sendiri puas hati, pak cik kongsi resipi lai chi kang versi original buat ramai terliur

A
A
A

Buat sendiri puas hati, pak cik kongsi resipi lai chi kang versi original buat ramai terliur

SEBUT sahaja lai chi kang, pasti ramai mengenalinya. Sejenis air yang mempunyai pelbagai bahan campuran.

Lai chi kang ni sangat digemari ramai kerana ia enak dinikmati dalam keadaan minuman panas mahupun sejuk.

Sedapnya berbuka puasa dengan minum air lai chi kangni, aduhai sejuk tekak.

Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai khasiat tersendiri.

Selain bagus untuk kesihatan, lai chi kang ini dikatakan boleh meradakan panas dalam badan.

Mak-mak boleh buat sendiri je ikut resipi pak cik ini, boleh letak bahan yang disukai banyak-banyak. Mesti puas hati!

Memang berbaloi! Buktinya, perkongsian pak cik Ariff Budiman Zainal Abidinkini telah mendapat hampir 3,000 perkongsian dan rata-rata terliur melihat fotonya.

Selain itu, ramai yang mengatakan resipi itu adalah ramuan original lai chi kang. Jadi ayuh cuba membuatnya!

Baca juga Air zamzam the best, ini 7 minuman terbaik di dunia

Bahan-bahannya;

  • Barli
  • Gula batu
  • Longan kering
  • Kurma merah
  • Kulat kering
  • Gula kabong
  • Kismis
  • Getah anggur
  • Kundur
  • Biji selasih
  • Kembang semangkuk

Cuba juga Sejuk, enak diminum ketika berbuka puasa, adakah air tebu sama macam ambil gula putih?

Cara membuatnya;

1. Biji selasih dan kembang semangkuk direndam hingga kembang.

2. Bahan lain direbus. Masuk sehelai daun pandan nak bagi wangi. Campurkan semua dan sejukkan. Siap dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca