SARDIN adalah makanan dalam tin yang menjadi kegemaran rakyat di negara ini.

Buka sahaja tin dan panaskan sekejap, ia sudah sedia untuk dimakan.

Jika dimasak bersama kentang, bawang dan hirisan cili padi pula, memang boleh buat bertambah pinggan nasi.

Paling yang admin suka ialah karipap sardin atau roti gulung. Dua keping pun tak cukup!

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya makanan itu boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Bukan sahaja lebih sedap dan murah berbanding ikan sardin yang ada di pasaran, malah kebersihan juga terjamin.

Pada kali ini, kami akan kongsikan resipi sardin homemade air tangan seorang pengguna Facebook, Noradibas Ibrahim.

Noradibas menggunakan ikan selayang dan memasaknya menggunakan periuk Noxxa.

Baca juga: Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini

Ujarnya, resipi yang dikongsikan dapat hasil yang sama seperti produk sardin yang dijual di pasaran.

“Tulang ikan memang lembut macam sardin dalam tin dan rasanya lagi sedap. Nak makan terus pun boleh, nak tumis bawang dan masukkan kentang buat sambal sardin pun boleh atau masak apa-apa pun boleh,” katanya.

Tak mahu berceloteh panjang, berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan

2 kilogram ikan selayang dibuang kepala, ekor dan sirip. [BELI DI SINI]
*4 ulas bawang putih [BELI DI SINI]
*1 biji bawang besar [BELI DI SINI]
*2 sudu besar cili kisar (Boleh skip jika tidak mahu pedas) [BELI DI SINI]
*7 biji tomato masak ranum [BELI DI SINI]
(Boleh digantikan dengan 1 tin kecil tomato puree. Jika mahu gunakan kedua-duanya, kuantiti tomato segar perlu dikurangkan)
½ cawan sos cili [BELI DI SINI]
2 sudu besar cuka [BELI DI SINI]
Gula [BELI DI SINI]
Garam [BELI DI SINI]
Serbuk perasa MSG [BELI DI SINI]
Sedikit air

Baca juga: Spaghetti sardin ‘kena’ selera orang kita, mudah sahaja buat di rumah

Cara penyediaan:

1.Cuci bersih ikan dan susun dalam pressure cooker.
Kisar bahan-bahan bertanda * dan tumis dengan sedikit minyak.

2.Tambah semua bahan lain dan masukkan air. Jangan cair sangat kerana ikan akan mengeluarkan air.

Iklan

3.Curahkan sos yang masih panas ke atas ikan yang disusun tadi.

4.Masak selama 90 minit.

5.Sedia untuk dihidangkan.

Baca juga: Padu! Rugi tak cuba resipi nasi goreng sardin ringkas ini

Baca juga: Sedapnya lempeng kampung, gebu & lembut sampai ke petang, ini resipi dari dapur bujang

Nampaknya tak susah pun nak buat sardin di rumah.

Hasil yang boleh diperoleh daripada sekilogram ikan yang dibeli dengan harga yang murah di pasar juga sangat banyak.

Iklan

Jadi, memudahkan mak-mak untuk buat stok di dapur.

Boleh pek mengikut kuantiti yang dimahu dan simpan di dalam peti sejuk.

Bila dah tiada idea untuk memasak, boleh keluarkan dan tinggal panaskan sahaja.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang