SPAGHETTI merupakan merupakan makanan barat yang sering dihidangkan di kafe dan restoran berkonsepkan Itali.

Walaupun tak semua orang menggemarinya, menu spaghetti boleh diolah pelbagai rasa mengikut kreativiti masing-masing.

Biasanya orang kita, bila terasa bosan dengan hidangan nasi, mulalah selera beralih kepada juadah lain seperti spaghetti.

Rupanya banyak resipi yang kita boleh hasilkan, seperti gabungan bersama chicken chop, meat ball ataupun lamb chop seperti mana yang kita nikmati di restoran.

Sama seperti spaghetti sardin ini. Cara penyediaan yang sangat ringkas, pasti sangat kena dengan cita rasa orang kita. Yang penting tak cepat muak bila makan.

Selain itu, menu tersebut juga menjadi ‘trending’ di aplikasi TikTok. Rata-rata mengatakan sangat lazat!

Ayuh buat sendiri spaghetti spageti sardin mudah ini, ia lebih jimat dan kita pun boleh letak bahan yang kita suka lebih banyak dan yang penting puas dimakan.

Nampak sungguh menyelerakan! Cubalah, pasti ia menjadi kegemaran anak-anak dan seisi keluarga.

Cuba juga Udang masak diraja mudah, pasti menjadi kegemaran keluarga

Spageti sardin 'kena' selera orang kita, mudah sahaja buat di rumah

Bahan-bahannya;

  • Spaghetti
  • Air
  • Minyak zaitun
  • Sedikit garam
  • Sardin tin
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kecil
  • Cili besar
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cuba juga Resipi Chili Cream Seafood Pasta sedap tak terkata dan memang mengiurkan. Jom cuba

Cara-cara membuatnya;

Iklan

1. Rebuskan spaghetti dengan air bersama sedikit minyak zaitun dan garam. Masak mengikut arahan pada pek. Angkat dan toskan bila masak.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili kecil dan cili besar sehingga lumat. Tumiskan bahan ditumbuk sehingga garing dan naik bau.

3. Kemudian, letakkan sos ikan sardin tin, sebatikan dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa sehingga menepati cita rasa masing-masing. Masukkan sedikit air.

4. Tambahkan isi ikan sardin dan hancurkan ikut suka.

5. Letakkan spaghetti yang telah dimasak tadi, gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

Iklan

Sumber: Nor Asfa Hassan Basri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.