Cabaran 5 aktiviti lasak ini memang mengujakan, nikmati pesona keindahan alam

SETIAP individu mempunyai minat dan hobi yang berbeza. Ada yang menyukai aktiviti santai, malah tidak kurang yang menggemari kegiatan lasak.

Bagi golongan gemarkan aktiviti riadah yang ekstrem, mereka beranggapan kegiatan itu dapat memuaskan segala keinginan dan meningkatkan keyakinan diri.

Biarpun aktiviti rekreasi ini berisiko tinggi dan agak berbahaya, ia sebenarnya baik untuk tubuh kerana ia dapat meningkatkan hormon adrenalina, menjadikan tubuh kekal cergas, dan menguatkan semangat berpasukan. Sementelah, keindahan alam juga dapat dinikmati.

Berikut kompilasi aktiviti lasak yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan

1. Paragliding


Aktiviti paragliding merupakan sukan payung terjun terbang yang memerlukan pemerhatian serta bantuan daripada mereka yang terlatih di dalam bidang ini.

Iklan
Iklan

Biarpun ia aktiviti yang sangat mencabar dan berisiko tinggi, tidak rugi mencubanya kerana pemandangan indah yang dinikmati semasa ‘terbang’ sangat berbaloi.

Pun begitu, harus diingatkan bahawa aktiviti sukan payung terjun ini amat berbahaya dan memerlukan keberanian yang tinggi serta tidak mudah cemas.

Baca juga: Terokai keistimewaan Hilir Perak dan Perak Tengah, banyak produk pelancongan baharu yang ramai orang tak tahu

2. ATV


Haa… bagi mereka yang menyukai aktiviti lasak dan keindahan flora dan fauna, bolehlah mencuba aktiviti sukan ATV ini.

Kebiasaannya, aktiviti ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza dan kita boleh memilih tahap yang bersesuaian.

Namun, aktiviti ATV harus dilakukan dengan pemerhatian individu yang bertanggungjawab menjaga keselamatan para pengunjung.

3. Water rafting


Water rafting atau berakit merupakan satu aktiviti air yang agak mencabar kerana memerlukan keberanian dan semangat berpasukan tinggi.

Justeru, aktiviti ini memerlukan tahap kepercayaan dan penerimaan arahan daripada ketua yang mengemudi rakit.

Bagi melakukannya, ia perlu dilakukan di sungai yang mempunyai aliran air yang agak deras serta laluan berliku dan berbatu supaya ia mengujakan.

4. Eksplorasi gua


Bagi penggemar aktiviti lasak, penerokaan gua adalah kegiatan yang wajib dicuba. Ia sangat menarik kerana berpeluang menikmati keindahan pembentukan batuan gua stalaktit dan stalagmit.

Namun, dalam merealisasikannya, pastikan cuaca dalam keadaan yang baik kerana bimbang dalam gua mungkin akan banjir.

Sekiranya ingin merasai pengalaman meneroka gua, bolehlah pergi melawat Gua Tempurung, Perak kerana di situ ada menyediakan aktiviti-aktiviti meneroka gua mengikut tahap kesukaran. Penting bagi anda mendapatkan bantuan mereka yang terlatih dalam melakukan aktiviti ini.

5. Mendaki


Aktiviti mendaki gunung atau bukit merupakan aktiviti yang menjadi pilihan orang ramai akhir-akhir ini.

Kelebihan mendaki adalah anda berpeluang meningkatkan stamina serta dapat menikmati keindahan alam dan bunyi-bunyi sekeliling yang mendamaikan.

Bagaimanapun, jika ingin melakukan aktiviti ini di kawasan hutan simpan, anda hendaklah mendapatkan permit kebenaran daripada jabatan perhutanan terlebih dahulu. Penting bagi anda memaklumkannya kepada ahli keluarga tentang aktiviti dan keberadaan yang dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Baca juga: 5 pilihan destinasi snorkel paling best bersama keluarga, harga bajet dan pakej puas hati

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

 

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

5 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

19 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

23 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago