PUSAT Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Shah Alam yang terletak di MSU Medical Centre (MSUMC) menyediakan rawatan pemulihan menyeluruh menggunakan peralatan robotik terkini.

Pembukaannya baru-baru ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed bersama Presiden MSU dan MSUMC, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Menurut Mohammed Azman, kemudahan itu menandakan satu langkah signifikan dalam usaha PERKESO untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan rehabilitasi kepada Orang Berinsurans PERKESO dan individu yang memerlukan, khususnya di sekitar Lembah Klang.

“Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua institusi meningkatkan penyampaian perkhidmatan rehabilitasi dan rawatan neuro-robotik yang berkesan, canggih serta berkualiti.

“Pusat Rehabilitasi PERKESO Shah Alam yang terletak di tingkat 10, MSU Medical Centre menyediakan rawatan pemulihan menyeluruh dengan menggunakan peralatan robotik terkini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemudahan yang ditawarkan memastikan intervensi awal dan rehabilitasi intensif untuk pelbagai keadaan pesakit.

Tambah beliau, sejak beroperasi pada 3 Julai 2023, pusat itu berjaya memberi rehabilitasi kepada 151 Orang Berinsurans PERKESO.

Program neuromodulasi Mohamed Azman turut mengumumkan rancangan untuk memperluas perkhidmatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Shah Alam dengan memperkenalkan program neuromodulasi dalam masa terdekat.

“Program berkenaan bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan rawatan rehabilitasi khususnya bagi mereka yang mengalami gangguan saraf.

“Ini menunjukkan komitmen PERKESO menghadirkan inovasi terkini dalam bidang pemulihan dan rehabilitasi, selaras dengan misi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Orang Berinsurans PERKESO dan individu yang memerlukan,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, kerjasama pintar tersebut bakal memperkasakan lagi peranan pusat perubatan berkenaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Iklan

“Ia juga memberikan impak positif dan komprehensif kepada kerjasama pintar di antara pihak swasta serta awam mengikut bidang kepakaran masing-masing,” ujarnya.

baca juga: Ini cara carum, tuntut SKSPS PERKESO, individu bekerja sendiri wajib tahu

baca juga: Positif Covid-19 dijangkiti di tempat kerja, ini cara tuntut Perkeso

baca juga: Bawah 55 tahun, belum kahwin pun layak, 8 info ringkas caruman SKSSR wanita perlu tahu

Iklan

Acara sama turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian antara MSUMC dan Pusat Rehabilitasi PERKESO (PRP) yang masing-masing diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSUMC, Zahri Abd Ghani serta Pengarah Eksekutif (PRP), Datuk Dr Hafez Hussain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang