Cantikkan kulit & turun berat badan guna air rebusan asam gelugur, sedap! Cara buat pun mudah

A
A
A

Cantikkan kulit & turun berat badan guna air rebusan asam gelugur, sedap! Cara buat pun mudah

ASAM gelugur dijadikan sebagai bahan dalam masakan orang Melayu sebagai bahan perasa.

Selain itu tahukah anda, ia juga sangat bagus kepada dalaman badan. Air rebusan asam gelugur dapat membantuk untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan.

Apa yang lebih menarik, air rebusan berkenaan juga bermanfaat mengawal kolesterol, melawaskan penghadaman dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Menurut seorang wanita dikenali Haney, sebenarnya, air rebusan itu sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk turunkan berat badan.

Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnya jika minum air tersebut, badan tidak akan serap lemak.

Best kan? Makan tapi lemak tak stay. Banyak lagi khasiat asam gelugur antaranya adalah;

  • Kawal kolesterol
  • Lawaskan penghadaman
  • Rawat cacing dalam badan
  • Kecutkan rahim
  • Kurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout
  • Kurangkan tekanan darah tinggi

Baca juga ‘Ibu dan nenek miliki kulit cantik…’ Usia memasuki 54 tahun, rupanya ini rahsia cantik & awet muda Jennifer Lopez!

Cara membuat air rebusan asam gelugur

Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 hingga 6 keping asam gelugur
  • Daun pandan (simpul atau koyakkan)
  • 5 gelas air

Cara membuatnya;

1. Rebuskan semua bahan di atas sehingga menggelegak dan tapis.

2. Minum airnya dan amalkan sebelum makan. Nak lagi sedap boleh tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.

Baca juga Tampil cantik raya kulit wajah ‘Korean Glass’, ini tip mudah hanya guna bahan semula jadi

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Suhaniza Isenen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca