Tampil cantik raya kulit wajah ‘Korean Glass’, ini tip mudah hanya guna bahan semula jadi

MENJELANG ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, kini orang ramai mulai sibuk membuat persiapan membeli semua keperluan lebaran.

Tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak semua gembira menunggu tibanya 1 Syawal.

Namun bagi golongan wanita, kulit wajah juga menjadi satu keutamaan. Ya itu penting kerana memiliki wajah yang cantik adalah impian setiap wanita.

Apa sahaja tip atau petua yang melintas di depan mata pastinya akan dicuba.

Jika anda sudah mempunyai wajah yang glowing itu bonus namun jika sebaliknya apa kata amalkan cara ini untuk mendapatkan kulit putih dan mulus bak Korean Glass dengan hanya menggunakan bahan semulajadi.

Tak mahal pun, bahan-bahan yang digunakan pun ada di dapur sahaja.

Bahan-bahannya;

  • 1 sudu makan putih telur
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 cubit serbuk peniak/serbuk soda
  • 1 sudu teh jus limau/lemon

Baca juga Ramai ingat kembar tiga. Umur 46 tahun dan wajah seiras, ibu ini disangka sebaya anak

wajah
AMALAN memakai topeng muka membantu menanggalkan kotoran dan minya yang melekat pada liang pori.

Caranya membuatnya;

1. Pukul putih telur sampai jadi berbuih selama 2 minit.

2. Masukkan madu, soda, jus limau atau lemon dan kacau semua bahan sehingga berbuih putih.

3. Kemudian masukkan serbuk penaik atau serbuk soda. Kacau bahan sehingga sebati.

Cara pakai;

Iklan
  1. Sapu bahan di muka dan biarkan kering selama 5 minit. Kemudian sapu lagi sekali di muka dan biarkan kering selama 15 minit.

2. Bilas muka dengan air sejuk. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu selama tiga hingga empat minggu berturut-turut.

Anda akan dapat hasilnya kulit wajah putih berseri dan flawless.

Baca juga Sanggup muka hangus tak malu jual pau tepi jalan, Bienda belum mahu tutup buku sebagai anak seni

Bagaimanapun rutin penjagaan wajah ini lebih berjaya jika anda mengamalkan tidur yang ckup, jaga makan serta rajin bersenam.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: remaja

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.