SELAIN terkenal dengan keindahan pulau dan destinasi shopping bebas cukai, Langkawi kini memiliki satu lagi tarikan baharu.

Siapa sangka, Hutan Lubuk Semilang yang popular dengan keindahan air terjun Gunung Raya itu semakin popular selepas Dream Forest Langkawi dibuka pada Jun lalu.

Mana tidaknya, panorama indah dengan lampu neon berwarna-warni membuatkan pengunjung bagaikan berada di sebuah perkampungan suku Na’vi yang menjadi naskhah popular filem Avatar.

langkawi

Padanlah, keunikan taman tema penuh magis itu menjadi lokasi riadah wajib singgah di pulau bebas cukai tersebut.

MERIAH & UNIK

Pembukaan destinasi rekreasi berkenaan mengujakan ramai pihak termasuklah selebriti seperti Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau Sharifah Aleya yang berkunjung ke sana bersama keluarga.

langkawi

Pelakon dan pengacara tersebut sempat berkongsikan momen di sana untuk tatapann peminatnya.

Selain itu, pengguna TikTok, Fatihah Azlan baru-baru ini berkongsikan juga pengalaman ketika bercuti di sana.

 

Ujar Fatihah, perjalanan malam di sana sangat menakjubkan.

Video pendeknya berdurasi 1 minit 28 saat itu membuatkan ramai teruja.

Mana tidaknya, pengunjung perlu melalui pintu gergasi yang diperbuat daripada muka hadapan buku klasik bersaiz gergasi sebelum masuk ke dalam hutan.

langkawi

Setiap pit stop mempunyai ceritanya tersendiri. Antaranya story telling mengenai Hikayat Merong Mahawangsa, Tasik Dayang Bunting dan Gergasi Langkawi.

Baca juga Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

“Dream Forest Langkawi ini kepunyaan Puan Seri Tiara Jacquelina dan laluan penjalan kaki sepanjang 1.2 kilometer memang interaktif.

langkawi

“Tidaklah seram walaupun dalam hutan kerana tempat meriah dengan lampu-lampu,” tulisnya.

Bagi kalian yang ingin merasai keajaiban Dream Forest Langkawi, tiket dijual pada tiga kadar berbeza.

langkawi

Baca juga Persis perkampungan zaman dulu kala, Kampung Adat Melayu Seri Banian tular. Ini sebab-sebabnya

Iklan

Untuk pelancong lokal, caj masuk untuk dewasa bernilai RM68 manakala RM48 (kanak-kanak) dan warga emas pula dikenakan RM28.

langkawi

Bagi penduduk Langkawi, harga istimewa diberikan iaitu RM38 (dewasa), RM28 untuk kanak-kanak dan RM28 warga emas.

Info menarik mengenai destinasi persis alam fantasi, kawasan kaki Gunung Raya seluas 6.32 hektar itu dimajukan tanpa merosakkan hutan.

langkawi

Bukan saja hangat pada waktu malam, orang ramai boleh berkunjung ke tempat riadah itu kerana boleh melihat gelagat monyet, burung enggang, lemur dan banyak lagi.

Jadi, bagi mereka yang nak merancang untuk bercuti di sana, apa kata singgah dulu Dream Forest Langkawi sebelum pulang.

Iklan

langkawi

Okey! Selamat berhujung minggu.

Dream Forest Langkawi
Alamat: Hutan Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 7 hingga 12 malam
Tiket masuk: RM68 (dewasa), RM48 (kanak-kanak) dan RM28 (warga emas)
Facebook: Dream Forest Langkawi
Instagram: @dreamforest.langkawi

langkawi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang