Cara buat air katira resipi asli Johor paling sedap, original tanpa pewarna tiruan
AIR KATIRA sangat masyhur dan sentiasa menjadi tumpuan. Sinonim dengan Johor Datul Takzim, minuman berkenaan mempunyai permintaan tingggi di bazar Ramadan.
Air katira sarat dengan khasiat yang menyegarkan, sekali gus menjadi faktor mengapa ia menjadi buruan ramai ketika waktu berbuka puasa. Paling popular Air Katira Abu Bakar yang sering disebut-sebut ramai warga JDT.
Minuman berkenaan dikatakan berasal dari Timur Tengah dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor membuat perubahan sedikit dari segi bahannya. Jika Orang Timur Tengah menggunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, di Johor ia diganti dengan pandan.
Baca juga: Buat sendiri puas hati, pak cik kongsi resipi lai chi kang versi original buat ramai terliur
Tak mahu beli, apa kata kita buat sendiri air katira. Caranya mudah sahaja, asalkan cukup bahan rasanya insya-ALLAH sedap.
Banyak resipi air katira telah diubahsuai namun yang dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini asli.
“Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur, gond katira atau gum tragacanth. Bahan ini lah yang menjadi nama. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur,” kongsi Dr Kamarul.
Justeru jangan buang masa, ayuh kita ketahui bahan dan cara penyediannya:
Air Katira Johor
Bahan-bahan
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan campuran 1 tin susu sejat dan 500ml aiskrim soda
Cara penyediaan
1-Buang biji kurma dan hiris halus.
2-Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
3-Biarkan semua bahan mengembang. Biasanya ia mengambil masa sekitar empat hingga enam jam. Jika sudah kembang, toskan.
4-Sementara tu, potong atau cincang badam.
5-Daun pandan direbus dengan air dan gula untuk mendapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
6-Satukan semua bahan yang kita dah sediakan.
7-Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika menggunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula.
8-Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan
Kredit foto & sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang