Cara cuci oven tanpa perlu sental, mudah dan berkesan. Hasilnya pun berkilat!

SUDAH seminggu umat Islam berpuasa, pasti ibu-ibu sudah mula memikirkan idea menu apa yang bakal disediakan Syawal nanti.

Malah, ada juga yang sudah menyediakan senarai biskut atau kek yang bakal dibuat sendiri untuk dijamu kepada tetamu kelak.

Sebut tentang buat biskut raya, pasti ramai yang akan menggunakan oven atau ketuhar ketika memasak, kan?

Gambar sumber Pexels

Agak-agak oven di rumah tu berfungsi tak sebelum ini atau hanya dijadikan perhiasan semata-mata?

Bagi yang selalu guna baik membakar ikan atau ayam, cuba periksa bila kali terakhir anda mencucinya?

Sebenarnya banyak cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan kotoran terutama kerak yang tertinggal jika acap kali digunakan.

Jom Sinarplus kongsikan beberapa tip atau cara mudah dan berkesan untuk anda praktikkan ketika mencuci oven.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Gambar sumber Pexels

TIP CUCI OVEN

1. Guna air
Letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Kemudian, on kan oven pada suhu tinggi selama lebih kurang 20 minit.

Selepas oven sejuk, lapkan bahagian dalamnya dengan menggunakan tisu dapur atau kain pengelap yang bersih.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, kerap cuci oven anda. Sebaiknya, ulangi langkah di atas setiap kali selepas anda selesai memasak.

2. Cuka
Fungsi cuka selain menghilangkan kotoran, ia juga bertindak sebagai pelindung antikulat.

Cara menggunakannya cukup mudah. Ambil satu bekas dan masukkan 1 liter air bersama lapan sudu cuka. Kemudian, celup kain ke dalam bekas air itu dan lapkan oven.

Biarkan selama lebih kurang 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini membantu menanggalkan kesan kehitaman pada oven anda.

Baca ni Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Gambar sumber internet

3. Soda bikarbonat
Selain kegunaan untuk membuat kek, soda bikarbonat juga berfungsi untuk menanggalkan kesan degil.

Campurkan ia bersama cuka, bancuh menjadi seperti pes. Kemudian, sapukan pada permukaan oven dan lihatlah hasilnya nanti.

Iklan

4. Lemon atau limau nipis
Selain cuka, anda juga boleh menggunakan limau atau lemon kerana fungsinya sama. Sifat keasidan lemon berfungsi sebagai pencuci semula jadi selain membuatkan oven anda berbau harum.

Campurkan lemon atau limau nipis bersama soda bikarbonat menjadi seperti pes. Kemudian, sapukan pada permukaan oven dan biarkan lebih kurang sejam atau lebih.

Kulit lemon atau limau nipis jangan dibuang.

 

Sumber gambar Pexels

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

Gosok pada bahagian kehitaman atau berkerak dalam oven. Cara ini membantu menanggalkan kotoran degil dengan berkesan.

Iklan

Jika masih ada lagi kesan kotoran, ambil sedikit cuka dan campurkan bersama titisan lemon(jika ada).

Masukkan bahan tersebut ke dalam botol lalu semburkan pada permukaan oven anda yang kotor.

Biarkan seketika sebelum dilap. Ulangi langkah tersebut beberapa kali dan lihatlah hasilnya nanti.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi