SHEILA Rusly baru-baru ini memuat naik sepotong video yang memaparkan ruang dapur kediamannya yang cukup kemas dan menarik.

Dekorasi berkonsepkan moden dengan pilihan rona yang menjadi kesukaan penerbit dan juga pelakon terkenal itu cukup menarik mata memandang.

Susun atur dan reka bentuk hiasan di ruang berkenaan juga tampak minimalis namun cantik.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai. Rata-rata meluahkan rasa kagum dan memuji akan dekorasi serta susun atur ruang berkenaan yang tampak bersih dan teratur.

Baca ni Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menari

MODEN DENGAN SENTUHAN KLASIK

Bahkan ada yang mengatakan ruang dapur berkenaan tidak ubah seperti sebuah showroom!

Biarpun moden, namun tetap ada sentuhan klasik terutama pada deretan mangkuk tingkat miliknya.

Umum mengetahui, Sheila seorang yang suka memasak. Bahkan, isteri kesayangan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahaya tidak lokek berkongsi resipi termasuk tip masakan menerusi laman sosial miliknya.

Baca lagi Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

CANTIK DAN KEMAS

Berikut antara pujian yang diberikan oleh warga maya:

‘Boleh nampak beza bersihnya dapur orang selalu masak dengan jarang masak. Serinya lain, saya yang junior ini pun tak boleh lawan Sheila punya pembersih. Idola saya selalu dan suka semua sudut.’

‘Alhamdulliah, kebersihan rumah kita ada amalan mengikut sunnah. Kekalkan dan Sheila juga cef yang hebat.’

Iklan

‘Cantik dan kemas dapur. Suka tengok.’

‘Cantik dapurnya. Alhamdulillah.’

‘Idaman wanita ni ada dapur yang cantik.’

‘Maacm showroom je punya bersih.’
‘Comey menarik. Nampak kemas teratur.’

Iklan

Sudahlah pandai masak, dapur pun tetap kemas dan bersih. SinarPlus pun turut kagum melihat ruang dapur mentua kesayangan Elisya Sandha ni.Terbaiklah Sheila!

Baca lagi Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas! 

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi