Cara mudah tawan hati anak kecil makan sayur seawal 6 bulan, menarik!

No Image Caption
A
A
A

ADA antara anak kecil yang sangat tidak suka makan sayur. Masakan tidak, apabila nampak sahaja menu yang dicampur bersama sayur, mereka sudah tidak mahu makan atau menunjukkan isyarat menggelengkan kepala.

Mengapa anak kecil sangat cerewet dan tidak suka makan sayur?

Sebenarnya, ia disebabkan oleh ibu bapa yang tidak memperkenalkan sayur kepada mereka seawal usia enam tahun.

Bukan itu sahaja, kadang kala sayur dihidangkan tidak bersesuaian contohnya sayur sedikit keras dan tidak mengikut cita rasa.

Jadi, apa yang boleh ibu bapa buat?

Mudah sahaja.

Ibu bapa hanya perlu memperkenalkan sayur terutamanya sayur hijau semasa seawal umur enam bulan lagi.

Ibu bapa juga perlu menjadi contoh dan teladan yang baik dengan menceritakan kebaikan makan sayur kepada kesihatan anak kecil.

Sebagai panduan, anggaran saiz sayur adalah 0.5 sentimeter (cm) bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun dan 1.5 cm pula bagi kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun.

Untuk menambah minat kepada anak kecil terhadap sayur, pelbagaikan jenis sayur baru untuk memberi peluang kepada mereka mencuba seperti brokoli, lobak merah, sawi, saderi dan sebagainya.

Lebih mudah, tambahkan sahaja sayur ke dalam menu makanan utama yang bakal dihidangkan . Jom cuba, moga berhasil.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca