Ciri AI dalam kenderaan elektrik, 5 jentera dipertingkatkan dengan kuasa solar ini jadi tumpuan dunia

A
A
A

DARI semasa ke semasa, teknologi pembuatan kenderaan elektrik semakin berkembang pesat.

Disebabkan persaingan yang begitu hebat, kebanyakan pengeluar automotif dunia dilihat sentiasa berusaha memacu inovasi lebih canggih bagi menarik perhatian pengguna untuk membeli jenama mereka.

Antara 'pertaruhan' mereka yang kerap dilakukan adalah menerapkan ciri kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang di luar jangkauan.

Seperti yang semua maklum, penggunaan teknologi AI amat penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia.

jentera elektrik AI

AI bukan sahaja berkeupayaan untuk mengumpul dan menganalisis data menerusi sensor dan kamera, tetapi mampu 'menyesuaikan diri' dengan keadaan dan pembelajaran melalui mesin.

Apabila AI dipasangkan dengan sebuah kenderaan, ia membolehkan sesebuah kereta lebih berautonomi dan membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan pemandu menerusi pengumpulan dan analisa data.

Baca juga 5 jentera super cas bersaiz comel dengan ledakan percikan kuasa elektrik jadi trend 2021

Tidak hanya itu, desain futuristik di samping kepintaran teknologi seperti pada rekaan bumbung, pintu, bonet yang mampu menyerap cahaya matahari dan dijana menjadi tenaga solar juga kerap dikemas kini fungsinya.

jentera elektrik AI

Bagi menimbulkan keterujaan ramai, harga yang ditawarkan juga berbaloi dan tidak terlalu melampau.

Laman web trendhunter.com baru-baru ini telah memberi opsyen menarik buat penggemar kenderaan elektrik di Malaysia yang barangkali terbuka hati untuk memiliki kereta jenis itu pada tahun ini.

Berikut lima jenama terkemuka dunia yang mungkin boleh dipertimbangkan:

jentera elektrik AI

1. Lightyear One

Tahun: 2021

Keluaran: Lightyear Automotive

Negara: Netherlands

Harga: Bermula RM706,435

  • Tidak seperti kenderaan lain, teknologi dan seni bina unik Lightyear One itu dikatakan lebih ‘berdikari’ tanpa kebergantungan dengan tenaga elektrik mahupun minyak petrol.
  • Menurut rating prosedur kenderaan ringan sedunia, kenderaan tersebut hanya menggunakan 83 kWh perkilometer (km), sekali gus lebih menjimatkan tenaga berbanding jentera lain di pasaran.
  • Jenama keluaran Netherlands itu turut mencatatkan julat luar biasa pada pelepasan karbon dan pengecasan terendah, selain mampu menyerap tenaga solar hingga 725km.
  • Jelas, kejuruteraan varian tersebut cukup hebat, bahkan memang tidak boleh disangkal lagi.

Baca juga Lagi canggih dan jimat minyak, kenali kelebihan 5 jentera premium paling ringan di dunia

jentera elektrik AI

2. EF1 T Pickup Truck

Tahun: 2023

Keluaran: SPI Energy Co.

Negara: China

Harga: Bermula RM249,330

  • Prototaip jentera keluaran terbaharu yang diumumkan SPI Energy baru-baru ini membuatkan ramai tidak sabar. Masakan tidak, trak pikap itu dilengkapi kuasa solar yang turut dipacukan dengan tenaga elektrik.
  • Didatangkan khas dengan tiga pilihan kategori iaitu trak jenis standard, premium dan super.
  • Difahamkan, kenderaan dari China itu menjadi satu-satunya pengeluar trak pikap dan van serba guna yang ditambah baik dengan teknologi baharu dengan kerjasama Icona Design bersama EdisonFuture dan Phoenix Motor.

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

jentera elektrik AI

3. Hyundai Ioniq 5

Tahun: 2021

Keluaran: Hyundai Motor Company

Negara: Korea Selatan

Harga: Bermula RM186,993 hingga RM249,325

  • Reka bentuk Hyundai Ioniq 5 yang dikatakan persis Mazda 3 itu mempunyai dua pilihan bateri iaitu 58kWh dan 72.6kWh serta mampu memecut sejauh 0-100 km/perjam sepantas 5.2 saat sahaja, manakala untuk model standard pula dalam tempoh 8.5 saat.
  • Varian jenis SUV ini mampu bergerak sejauh 500km dengan kapasiti bateri 72.6 kWh atau hampir 200km untuk bateri 58kWh.

Baca juga Rekomendasi 5 basikal elektrik terbaik, trend terbaharu gaya hidup sihat masyarakat dunia  

jentera elektrik AI

4. Sono Sion

Tahun: 2021

Keluaran: Sono Motors

Negara: Jerman

Harga: Bermula RM136,931

  • Kemajuan teknologi telah membolehkan prototaip jentera buatan Jerman yang pertama kali dihasilkan pada tahun 2015 itu telah dikemaskini pada tahun 2021.
  • Sudah pasti, versi baharu menjadi lebih 'mengancam' apabila reka bentuk solar panel berukuran 18 kaki persegi berjaya dihasilkan.
  • Ia juga mampu bergerak secara purata sejauh 112.654km hingga 241.402km pada musim panas dengan kapasiti bateri 54 kWh.
  • Jangan bimbang jika kehabisan bateri kerana Sono Sion boleh dicaj semula untuk tempoh 35 minit sahaja untuk kuasa penuh, selain mampu memecut sejauh 140km/perjam.

Baca juga Motosikal berkuasa tinggi elektrik miliki daya tarikan tersendiri. Semak 5 pilihan jenama paling unggul

jentera elektrik AI

5. Aptera

Tahun: 2021

Keluaran: Aptera Motors

Negara: Amerika Syarikat

Harga: Bermula RM107,627

  • Reka bentuk lebih futuristik dan menjadi satu-satunya kenderaan yang dikuasakan 100 peratus dengan tenaga solar di Amerika Syarikat.
  • Percaturan Aptera Motors nampaknya lebih keterhadapan membuatkan ramai terkesima dengan kehebatan teknologi hijau tersebut kerana mampu bertahan pada jarak 64km dengan kapasiti bateri 700 watt.
  • Desain aerodinamik membuatkan jentera sofistikated itu 65 peratus lebih ringan berbanding kereta elektrik lain.
  • Kerangka yang diperbuat daripada komposit ultra ringan membuatkan ia tujuh kali lebih kukuh berbanding besi biasa. Memang hebat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca