COCA-COLA Creations memperkenalkan satu adunan semula bagi perisa edisi terhadnya yang terbaharu, hasil kolaboratif bersama Marshmello.

Marshmello (gambar) ialah seorang artis yang telah dicalonkan bagi anugerah GRAMMY.

Pengarah Pemasaran Cap Dagangan Coca-Cola, Unit operasi Coca-Cola ASEAN & Pasifik Selatan, Teejae Sonza berkata, ia merupakan kali pertama jenama tersebut menghasilkan minuman dengan kerjasama seorang artis.

Katanya, Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello memberikan rasa kenikmatan seumpama irama muzik Marshmello yang sedang rancak berada di tangga teratas dalam carta muzik kini.

Marshmello dalam satu kenyataan ringkasnya berkata: “Ini adalah kerjasama hebat bersama Coca-Cola untuk menghasilkan satu minuman edisi terhad bersama-sama.

“Kita telah menghasilkan campuran perisa kegemaran saya di dalam minuman terbaharu ini. Rasanya sedap dan saya berharap peminat akan turut menyukainya.”

Dalam pada itu, Teejae berkata, terdapat tanggapan yang mengatakan bahawa Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello merupakan minuman berperisa marshmallow, tetapi ia sebenarnya adalah campuran rasa yang melambangkan diri Marshmello sendiri.

“Ia adalah minuman yang menyegarkan hasil campuran perisa kegemaran artis ini iaitu strawberi dan tembikai yang dicampurkan dengan rasa hebat Coca-Cola.

“Muzik seperti juga Coca-Cola yang mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghubungkan komuniti dan membuka peluang untuk berkongsi pengalaman,” katanya lagi.

Bagi mewujudkan impak positif terhadap budaya melalui muzik, Marshmello dengan Coca-Cola mengajak para peminat untuk mengalami sendiri ‘Melloverse’ atau dunia Marshmello.

Untuk itu, peminat boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada tin Coca Cola Creations untuk melayari www.coca-cola.com/creations.

Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai runcit dan platform e-dagang dalam versi Zero Sugar iaitu tanpa gula.

Tin koleksi berbentuk langsing dengan imej hitam putih mengetengahkan ciri-ciri estetik artis, termasuk skrip tulisan Spencerian yang menggabungkan kedua-dua jenama itu bagi menghasilkan satu perasaan vibe yang mengasyikkan dan memuaskan.

Iklan

Untuk rekod, Coca-Cola telah bekerjasama dengan Forpeople untuk menghasilkan reka bentuk tin tersebut.

Layari www.coca-cola.com/creations atau ikuti Coca-Cola di Facebook, Instagram, dan Twitter untuk maklumat terkini.

BACA JUGA: Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

BACA JUGA: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

Iklan

Dalam pada itu, Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut baru-baru ini mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.

Semua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September.

Produk popular, Coca-Cola Zero Sugar yang akan disediakan di cawangan KFC dan Pizza Hu, adalah sebahagian daripada portfolio ‘Simbol Pilihan Lebih Sihat’ Coca-Cola Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan