CookX Asia kongsi idea sajian enak dengan mudah, boleh jana pendapatan suri rumah
BUNTU dan tidak tahu menu yang sesuai untuk menjamu tetamu sepanjang Syawal?
Jangan bimbang kerana CookX Asia boleh membantu memberi idea sajian enak dengan mudah.
Aplikasi masakan popular diperkenalkan sejak tahun 2021 nampaknya menjadi pilihan para wanita, apatah lagi resipi masakan menyelerakan dikongsikan komuniti tersohor tanah air seperti Cafe Cef Wan, Dewan 1958, Kanteen dan Ayam Beacon.
Menurut pengasas CookX Asia, Wong Yew Mun, aplikasi tersebut menjadi platform perkongsian resipi dan pada masa sama, pengguna boleh menonjolkan ciptaan masakan kepada semua.
Baca juga Aplikasi popular buat kaki masak, Whisk teman setia anda di dapur
Lebih menarik, orang ramai juga boleh menjana pendapatan melalui penjualan bahan ramuan masakan secara konsep Eco Packs.
Aplikasi berwajah baharu yang akan dilancarkan pada bulan ini turut memperkenalkan pelbagai ciri, fungsi dan faedah menarik kepada pengguna yang digelar sebagai rakan kongsi pencipta.
Baca juga Tapis panggilan dengan mudah, aplikasi Truecaller ditambah baik dengan video swafoto
Pendaftaran untuk aplikasi CookX Asia adalah percuma. Kadar komisen sebanyak15 peratus diberikan bagi setiap transaksi jualan dengan yuran hanya RM10.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang