SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang cukup mesra dan peramah orangnya.

Sekadar makluman, beliau  sebenarnya memiliki pertalian darah dengan kerabat DiRaja Perak.

Untuk rekod, beliau mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Bin Haji Aroff namun berpisah pada 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

Baca ni ‘Hadiah hari jadi mama.’ Raja Azura syukur anak bongsu rangkul 4 anugerah, warisi bakat seni bonda

kak engku

Pemilik nama sebenar, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin sehingga masih lagi aktif sebagai anak seni baik sebagai pengacara, pelakon mahupun penyanyi.

Menjengah ke laman Instagram miliknya, Kak Engku dilihat begitu mesra dan sabar melayan karenah anak perempuannya, Mia Maizura yang begitu seronok menyakatnya.

‘Salam anak solehah katanya, layankan jelah,” demikian tulis Kak Engku di kapsyen miliknya.

Raja Azura versi muda

Dalam hantaran lain pula, ibu tunggal tersebut menitipkan ucapan sempena hari lahir anak sulungnya.

“Happy Birthday Ajiq🎂🥳🎉 @memura.ara yang ke 22 , Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam Pengajian Ijazah di Uitm Shah Alam. Ini adalah drama babak pertama sebelum kejadian semalam bersama @_mia.ara_,” ungkap beliau.

Baca juga ‘Mata tengok Karmila je, copy arwah ayahnya.’ Wajah persis Hani Mohsin, penampilan anak Tiara Jacquelina jadi tumpuan

raja AzuraPerkongsian tersebut meraih perhatian ramai. rata-rata memuji keakraban keluarga tersebut. Malah, ada yang mengatakan wajah Kak Engku dan anak perempuannya seiras.

‘ terhibur tengok family neh 😂 moga anak2 i besar nanti pun macam neh jugak la dengan i ye.’

‘Masyaallah kasih sayang ibu tiada bandingnya. Semoga Allah berikan rahmat pada keluarga you. Aamin. Salam dari Singapura.’

‘Sama nya laa muka dorang.. jarang2 jumpa adik beradik or anak bernak muka betul2 seiras mcm ni, slalu pun iras saudara kembar.’

‘copy paste omak dia.’

‘Sebelah tu Raja Azura versi muda.’

Iklan

Baca lagi Ella kongsi gambar sekeluarga, wajah anak perempuan dipuji seiras Kapten Azhar. ‘Sekejap dah besar. Sweet girl, muka ayah’

kak engku 1

‘weiii ada raja azura kuasa dua 😂 comel je.’

‘Muka copy paste… Alhamdulillah… Bahagia famili ni.’

‘Sebijik muka mak nya.’

‘Macam adik dengan kakak.’

Iklan

‘Anak bawa wajah mak ke mana2. Alahai sebiji sama.’

Sumber: Instagram raja_azura

raja azura 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!