BERSEMPENA lebaran baru-baru ini,  Puan Sri Tiara jacquelina berkongsi gambar sekeluarga menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, isteri kesayangan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi turut memuat naik gambar dan video bersama anak perempuannya, Hani Karmila Hani Mohsin dan anak lelaki, Dani Mohd Effendi.

Baca ni Raut wajah mirip Hani Mohsin, Hani Karmila permata hati Tiara Jacqueline kian meningkat dewasa

Tiara jacquelina

Menjengah video yang dikongsikan, kelihatan anak-beranak itu tampak mesra dan suka menyakat ibu mereka yang tengah merekod video.

My kids can be such a NUISANCE 🙄
I’m sure some of you Instagram mums can relate to this situation, kan.

Here I am trying to record my Raya greetings, but Mila and Dani ni asyik-asyik dok ENTER FRAME.
I told them that if they don’t stop it, I’m going to upload this jugak, so here it is. You feel me, kan? Ha, padan muka 😆

Perkongsian tersebut meraih tumpuan ramai, bukan hanya kerana usia Tiara yang sudah melebihi separuh abad tetap maintain awet muda. Namun, kejelitaan Hani Karmila turut diperkata ramai.

Baca juga Anak gadis Tiara Jacquelina buat ramai terpegun, seiras arwah bapa

Tiara

Umum mengetahui, anak perempuan Tiara itu merupakan hasil perkahwinan terdahulu bersama allahyarham Hani mohsin.

Malah, rata-rata memuji senyuman manis dan wajahnya salin tak tumpah persis ayahnya.

‘Perfect. Beautiful family pics. Selamat Hari Raya to you & family.’

‘Mata i tengok pada Karmila je…cantik sungguh! Selamat Hari Raya.’

‘Cantik sungguh Mila.’

Baca lagi Elegan & klasik, kecantikan anak Que Haidar & Linda Jasmin jadi tumpuan, Tengku Ratu cenderung bidang seni

hani mohsin

‘Cantikknya Hani Karmila.’

Iklan

‘Daughter lawa son also segak.’

‘Copy arwah ayahnya. Al-Fatihah buat arwah Hani Mohsin.’

‘Kelakar & cantik Mila.’

Sekadar makluman, Tiara berkahwin dengan Mohsin pada 11 September 1993 dan dikurniakan cahaya mata setahun kemudian.

Bagaimanapun, pasangan itu kemudiannya berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.

Selepas itu, Tiara mendirikan rumah tangga dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Dani Mohd Effendi.

Iklan

Sumber: Instagram tiarajacquelina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!