PADA masa kini, rata-rata daripada kita sangat terkesan dengan wabak Covid-19 yang telah menyerang dunia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ia normal untuk merasa cemas dan tertekan semasa pandemik tersebut sedang melanda.

Pun demikian, kita semua mempunyai peranan untuk melindungi kesihatan fizikal dan mental diri kita sendiri dan orang lain terutamanya dalam membentuk kesejahteraan mental yang positif.

Baru-baru ini, menerusi tinjauan kajian Generasi Snapchat oleh Snap Inc. di Malaysia mendapati penduduk di Malaysia menghadapi stres yang semakin meningkat disebabkan pandemik.

Kajian itu juga melaporkan bahawa generasi sekarang menitik beratkan isu-isu alam sekitar, pekerjaan dan kesejahteraan diri.

Lebih membimbangkan punca stres yang dialami dalam kalangan rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19 mencecah 66 peratus.

Berikut adalah perincian mendalam punca-punca berlakunya stres dalam dapatan kajian itu:

i. Bimbang tentang rezeki (61 peratus).
ii. Insomnia (54 peratus).
iii. Sekolah atau pekerjaan (49 peratus).

Pada masa sama, laporan itu juga menjelaskan keunikan Generasi Snapchat di Asia Pasifik dan Malaysia.

Generasi berkenaan merupakan individu yang mempunyai personaliti sendiri dan sentiasa menitik beratkan isu-isu semasa dengan menggunakan kreativiti, simpati dan alat-alat digital yang sedia ada supaya mereka boleh mewujudkan perubahan yang ideal.

Kesihatan mental, tekanan

Secara umumnya, laporan berkenaan menunjukkan 77 peratus daripada pengguna Snapchat di Malaysia (darjah yang tertinggi di negara-negara Kerjasama Akreditasi Asia Pasifik) berpendapat bahawa mereka telah diberitahu sejak muda lagi supaya bertindak sebagai orang dewasa.

Lebih membimbangkan, masalah stres merupakan isu yang semakin menyeluruh dan berterusan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Oleh yang demikian, 44 peratus rakyat Malaysia dikatakan mengalami tekanan setiap minggu manakala 70 peratus mengalaminya secara bulanan.

Pun demikian, 94 peratus daripada Snapchatters Malaysia juga bersetuju, kebebasan kewangan adalah penting, manakala 77 peratus daripada kumpulan itu berpendapat bahawa faktor untuk mencapai kejayaan adalah bersemangat teguh.

Tindakan, informasi

Iklan

Di sebalik kerisauan itu, rakyat Malaysia memperoleh pandangan baharu tentang kehidupan mereka setelah menghadapi pelbagai ketidakpastian sepanjang tahun ini.

“Inklusiviti adalah penting dalam mewujudkan keunikan generasi Snapchat.

“Ini dapat dibuktikan dengan 79 peratus Malaysia Snapchatters memandang diri mereka sebagai inklusif dan mengatakan bahawa mereka berkawan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai budaya dan pandangan menunjukkan persekitaran yang majmuk di negara ini,” beritahu laporan berkenaan.

Selain itu, sebanyak 9 dari 10 Snapchatters juga aktif dalam aktiviti menjamin dan menceriakan alam sekitar.

Iklan

Dalam pada itu, faktor utama rakyat Malaysia menggunakan Snapchat adalah seperti berikut untuk berhubung dengan rakan dan keluarga melalui emoji, foto, dan panggilan video.

Mereka tidak tersekat pada kaedah-kaedah komunikasi tradisional kerana mereka mempunyai pelbagai alat komunikasi digital pada era moden kini sehingga masih berada dalam keadaan yang penuh dengan ketidakpastian sepanjang pandemik.

Artikel berkaitan: Badan beri amaran stres, amalkan 3 tip mudah ini

Bagaimanapun, wabak Covid-19 yang masih meluas telah membentuk generasi menjadi lebih fokus terhadap isu-isu sosial.


Oleh yang demikian, kita perlulah memahami stres yang dialami oleh generasi sekarang dengan mencari jalan untuk mengamalkan kualiti kehidupan yang lebih baik.