PENYANYI bersuara lantang, Jaclyn Victor baru-baru ini mendedahkan dirinya hilang suara dan sukar untuk bercakap.

Difahamkan masalah tersebut terjadi akibat laryngitis.

Lapor SinarPlus baru-baru ini, penyanyi itu berasa sakit pada bahagian tekak sejak Selasa minggu lalu.

Beliau bagaimanapun masih meneruskan persembahan pada minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza.

Namun, masalah berkenaan terus berlarutan sehingga Jaclyn mengalami kesukaran untuk bercakap.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan situasi yang dialami penyanyi itu, SinarPlus telah merujuk beberapa penulisan sahih.

Menurut Mayo Clinic, laryngitis merupakan keradangan pada kotak suara atau laring akibat penggunaan yang berlebihan, kerengsaan atau jangkitan.

 

Pada situasi normal, peti suara terbuka dan tertutup dengan lancar serta menghasilkan suara melalui getaran.

“Pita suara yang membengkak akan menyebabkan suara kedengaran serak.

“Dalam sesetengah kes, suara pesakit mungkin langsung tidak kedengaran,” kata laman perubatan tersebut.

Tambahnya, laringitis berlaku secara tiba-tiba (akut) dan boleh menjadi kronik.

Masalah itu lazimnya dicetuskan oleh jangkitan virus sementara dan tidak serius.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Namun demikian, Mayo Clinic memberitahu, suara serak yang berterusan boleh menandakan keadaan perubatan yang lebih serius.

Siapakah yang berisiko untuk mengalami laryngitis?

Untuk itu, SinarPlus telah merujuk penulisan Cleveland Clinic.

Katanya, masalah tersebut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Seseorang lebih terdedah untuk mengalaminya jika berdepan kondisi seperti berikut:
1. Terlalu banyak menggunakan suara.
2. Sering terdedah kepada asap tembakau.
3. Peminum alkohol tegar.
4. Mempunyai jangkitan pernafasan seperti bronkitis atau sinusitis.
5. Individu yang mempunyai imun lemah atau mereka yang menyedut steroid.

Kata Cleveland Clinic, gejala laryngitis adalah bersifat sementara dan akan berkurang dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Antara tanda biasa yang akan dialami pesakit adalah seperti berikut:
1. Suara serak atau lemah.
2. Kehilangan suara.
3. Sakit tekak.
4. Ketidakselesaan pada tekak.
5. Batuk kering.
6. Tekak kering.

Tambah sumber tersebut, cara terbaik untuk sembuh daripada laryngitis adalah dengan merehatkan suara dan minum banyak cecair.

“Bagi sesetengah keadaan, pakar perubatan akan memberikan beberapa rawatan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Iklan

“Ubat-ubatan yang diberikan adalah bergantung kepada simptom yang dialami pesakit,” katanya.

Baca juga: 5 jenis teh yang boleh bantu redakan batuk dan sakit tekak. Kandungan antioksidannya memang ‘superb’

SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Berikut adalah beberapa perawatan yang dicadangkan kepada mereka yang berdepan masalah laryngitis. Antaranya:

1. Antibiotik: Diberikan kepada mereka yang mengalami layngitis akibat jangkitan bakteria.
2. Ubat antikulat: Pesakit mengalami layngitis disebabkan oleh jangkitan kulat.
3. Kortikosteroid: Ubat membantu mengurangkan bengkak dan keradangan.
4. Ubat tahan sakit: Ubat tahan sakit seperti acetaminophen, naproxen atau ibuprofen diberikan untuk mengurangkan ketidakselesaan pada tekak.

Baca juga: Peritnya diserang sakit tekak, ini punca & 7 rawatan pantas di rumah

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Dalam pada itu, Cleveland Clinic mengesyorkan beberapa cara untuk meredakan gejala yang dialami dengan mengambil langkah berikut:
1. Rehatkan suara sebanyak mungkin.
2. Minum banyak air untuk memastikan badan sentiasa terhidrat.
3. Gunakan pelembap untuk melegakan gejala tekak kering.
4. Jangan berbisik.
5. Elakkan mengambil ubat dekongestan kerana ia boleh mengeringkan tekak.

Tambahnya, seseorang dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom yang dialami menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Iklan

Mereka juga disarankan agar tidak mengambil mudah jika mengalami demam berlarutan, sakit dan batuk berdarah.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Walaupun laryngitis boleh sembuh dengan sendiri namun langkah pencegahan adalah yang terbaik.

SinarPlus cadangkan kita mengurangkan risiko penyakit tersebut dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, elakkan juga daripada terdedah kepada kuman dengan kerap mencuci tangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!