DADIH disukai semua golongan tua mahupun muda. Tekstur lembut pelbagai rasa, enak dimakan sejuk. Banyak dijual di pasaran menggunakan serbuk segera, tapi resipi dikongsi Masmira Idris ini lain daripada yang lain.

Sana sini ramai berkongsi menu jamuan akhir tahun sekolah, bagi anda yang kekeringan idea bolehlah buat dadih gunakan resipi ini.

Baca juga: Oh! Patutlah yogurt baik untuk sistem penghadaman, ini sebabnya…

Bukan calang-calang, resipi ini rahsia bisnes keluarga yang sudah terbukti sedap dan telah dijual oleh suaminya pada tahun 2008.

“Resepi dadih legend ni daripada Daddy nya. Dulu pernah berniaga dadih sampai masuk tv banyak kali.

“Dadih ni bukan guna serbuk dadih segera dan flavors yang digunakan sangat sedap dan wangi. Saya kongsikan video step by step dan sukatan yang mudah hanya menggunakan cawan sahaja. Boleh buat niaga tau! Semoga bermanfaat, selamat mencuba,” kongsinya.

Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

DADIH LEGEND

Bahan-bahan
A
20 gram agar-agar
14 cawan air
1 liter air

B
1.5 cawan gula
3 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)

C
3 cawan (300 gram) Susu tepung Dutch Lady Full Cream
1 cawan krimer kopi (Coffee Mate)
3 cawan air panas

1 sudu besar esen vanila
Pes jagung secukupnya
Pes strawberi secukupnya
Pes keladi secukupnya
Emulco coklat secukupnya
Pes honey dew secukupnya dan sedikit pewarna hijau

LANGKAH PENYEDIAAN

Iklan

1-Cuci agar-agar, ia kira-kira secawan selepas dibasuh.
2-Masak ia dengan air dan daun pandan. Didihkan sehingga agar-agar larut.
3-Sementara agar-agar larut, bancuh susu tepung, krimer kopi dengan air panas. Kacau sebati.
4-Apabila agar-agar yang dijerang larut, masukkan gula.
5-Selepas gula larut, masukkan pula bancuhan susu tepung.
6-Kacau perlahan sampai kembali mendidih.


7-Awas, jangan tinggalkan periuk. Teruskan mengacau untuk mengelakkan ia berketul.
8- Selepas masak, tapis dan tuangkan ke dalam jag. Kuantiti mengikut perisa yang ingin dihasilkan.
9-Untuk perisa vanila, masukkan esen vanila sebanyak satu sudu besar.
10-Untuk dadih jagung, masukkan dua hingga tiga sudu pes atau mengikut cita rasa anda.
11-Bagi perisa tembikai susu atau honey dew, jangan lupa guna pewarna hijau untuk menaikkan seri.
12-Untuk perisa keladi, strawberi dan coklat masukkan pes secukupnya sesuai dengan larutan dadih.
13-Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan

Iklan

Sumber: Masmira Idris 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.