SEJAK akhir-akhir ini, ramai yang ingin mencuba untuk mengawal makanan terutamanya mereka yang sedang diet dengan mengubah cara pemakanan masing-masing.

Dalam usaha untuk diet itu, penulis yakin yogurt akan dipilih sebagai senarai wajib ketika masuk ke pasar raya atau mana-mana kedai runcit.

Antara menu yang boleh dilakukan dengan menggunakan yogurt adalah seperti salad dressing, overnight oat, atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

Buat mereka yang tertanya-tanya bagaimana yogurt dihasilkan dan mengapa teksturnya masam, eloklah baca perkongsian ahli kimia yang juga Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim ini.

Tulis Dr Fatimah di Facebooknya, Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui penapaian susu oleh bakteria Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus.

Artikel berkaitan: Halia boleh cegah kuman, kuatkan imunisasi tubuh

Kadangkala, bakteria lain seperti lactobacilli dan bifidobacteria juga ditambah.

Bagaimana yogurt dihasilkan?

“Yogurt dihasilkan dengan memanaskan susu biasanya pada suhu 85 darjah Celsius bertujuan untuk menyahasli  protein susu iaitu terdiri daripada 80 peratus casein supaya ia tidak membentuk dadih (curd).

“Selepas dipanaskan, suhu susu diturunkan ke 45 darjah Celsius, bakteria dicampurkan dan dibiarkan selama 4 ke 12 jam untuk proses penapaian aka fermentasi berlaku.” terangnya melalui entri penulisan itu.

Apakah yang berlaku semasa proses fermentasi?

Mengulas lanjut mengenai itu, Dr Fatimah menjelaskan, semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose iaitu komponen gula dalam susu akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik.

Iklan

“Peningkatan jumlah asid laktik dalam susu akan menurunkan pH susu seterusnya menyebabkan protein (casein tadi) dalam susu menggumpal (coagulate).

“Pertukaran kimia itulah yang memberikan texture padat dan rasa masam kepada yogurt,”.

Jadi, apa sebenarnya kebaikan Yogurt?

Yogurt mengandungi calcium, vitamins B6 and B12, riboflavin, potassium, dan magnesium yang boleh membantu dalam kesihatan tulang.

Yogurt yang tidak dipanaskan mengandungi bakteria baik (probiotik) yang bagus untuk sistem penghadaman.

Iklan

“Saya sangat gemar makan plain yogurt dengan tambahan sedikit garam.
“Ingat, penambahan gula berlebihan dan cara memproses iaitu dimasak atau ditambahkan bahan terproses lain akan menjadikan yogurt tidak sihat,” kongsinya.

Kredit: Facebook Dr Fatimah Salim