Dah boleh buat ‘live’ di TikTok, caranya mudah sahaja

A
A
A

RAMAI yang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur.

Mana tidaknya, sebut sahaja TikTok pasti kita akan terbayang video lucu dan kreatif yang dihasilkan pengguna aplikasi popular tersebut.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka menghasilkan video bagi menyahut beberapa cabaran (Challenge) yang dibuat mengikut ‘musim’.

Dah boleh buat ‘live’ di TikTok, caranya mudah sahaja

Terbaharu, sebagai salah satu aplikasi yang terkenal di pelbagai negara termasuk di Malaysia, TikTok kini hadir dengan kemas kini terbaharu yang mana membolehkan pengguna membuat Live atau siaran langsung sama seperti di Facebook dan Instagram.

Namun begitu, tidak semua pengguna TikTok dapat melakukannya. Syarat utama untuk melakukan Live TikTok adalah perlu memiliki minimun 1,000 pengikut.

Jika korang sudah memenuhi syarat tersebut, maka fungsi Live TikTok korang akan diaktifkan secara automatik.

Langkah mudah untuk membuat live di TikTiok adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi TikTok. Pastikan korang login ke akaun terlebih dahulu
  • Pada dashboard atau home, tekan tombol “+” yang terdapat di bahagian bawah.
  • Setelah layar video terbuka, tekan tombol LIVE yang terletak di sebelah tombol perekam atau slide menu di bawah tombol perekam dan korang akan menemukan menu LIVE.
  • Masukkan tajuk atau caption menarik untuk Live Streaming korang agar dapat menarik perhatian follower yang bakal menonton.
  • Korang juga boleh menggunakan pelbagai filter sebelum melakukan live.
  • Akhir sekali tekan tombol “Go Live” dan video korang akan bersiaran secara langsung.

Mudah bukan? Jika korang ingin melakukan live di rumah, pastikan capaian internet yang digunakan laju agar tidak mengganggu kualiti video yang disiarkan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca