Day trip ke Kuala Selangor jer, ini 7 destinasi port makan best kena cuba. Rugi tak singgah!

A
A
A

KUALA SELANGOR yang terletak di Selangor antara destinasi makan-makan yang boleh dikatakan sedap, murah dan berbaloi.

Apatah lagi, lokasi yang berhampiran pesisiran pantai dan sawah bendang menjadikan kawasan parlimen tersebut menjadi pilihan ramai untuk berlibur.

Lagi best, jarak dari Lembah Klang tak jauh sangat, ditambah dengan kemudahan seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Jadi, tak ada masalah nak datang jalan-jalan cari makan di Kuala Selangor kerana jarak antara lokasi yang dituju semakin dekat dan menyenangkan.

kuala selangor

Carian SinarPlus mendapati, sudah banyak port makan viral di daerah berstatuskan perbandaran tersebut yang boleh anda singgah.

Bukan setakat sarapan pagi dengan hidangan ketupat, nasi ambeng dan lontong dan soto, anda juga boleh cuba masakan warisan yang cukup popular.

 

Kalau lajak sikit, boleh singgah ke Tanjung Karang. Banyak tempat menarik yang kalian boleh cuba.

Antaranya ikan sembilang masak kari, roti canai pelangi, sate gergasi dan banyak lagi. Berikut fakta ringkas mengenainya:

kuala selangor

1. Roti Canai Pelangi

Alamat: Lot 2430, Batu 3 Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 7 pagi hingga 2.30 petang

Facebook: Roti Canai Pelangi

Instagram: @roticanaipelangiofficial

kuala selangor

2. Warung Ketupat

Alamat: 2E-483, Kampung Permatang, Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 malam

Facebook: Kedai Ketupat Kak Yan Kg Permatang

Baca juga Taman Alam Kuala Selangor bakal jadi destinasi pelancongan bertaraf dunia, 300 unit calet dengan kos pelaburan RM100 juta

kuala selangor

3. Dangau Rimba

Alamat: Lot 216, Batu 6, Tanjung Karang, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 3 petang

Facebook: Dangau RIMBA IKAN BAKAR

Instagram: @dangaurimbaikanbakar

kuala selangor

4. K Coconut Farm Village

Alamat: PT3441, Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam

Facebook: TK Coconut Farm Ville

Instagram: @tkcoconutfarmville

Baca juga Dari Sekinchan ke Kuala Selangor, rasai pengalaman bermalam di pinggir sawah padi

kuala selangor

5. Satay Hut

Alamat: Lot 74 Jalan Besar, Tanjung Karang, Selangor

Waktu operasi: 3 petang hingga 1 pagi

Facebook: SATAY HUT Tanjong Karang

Instagram: @satayhut_official

kuala selangor

6. Ketam Merah Cabin

Alamat: Jalan Parit 2, Kampung Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor

Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam

Facebook: Ketam Merah Cabin - Seafood Sekinchan

kuala selangor

7. Warung Warisan Wak Peyang

Alamat: Lot 4174, Jalan Rizab Masjid, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor

Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam

Facebook: Warung Warisan Wak Peyang

Instagram: @warungwarisan_wakpeyang

Baca juga Blue Tears, penemuan luar biasa di Kuala Selangor. Laut bercahaya dengan warna kebiruan

kuala selangor

Nah, senarai yang SinarPlus kongsikan di atas antara pilihan yang dikongsikan pengguna TikTok yang pernah datang dan makan di sana.

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi, kan? Bolehlah kalian cuba bersama bestie atau family tersayang.

kuala selangor

Kalian boleh komen sama ada senarai tempat yang dicadangkan tersebut kena dengan selera atau sebaliknya.

Kalau ada tempat yang lagi syok dan berbaloi untuk disinggahi, apa kata share di ruang komen kami.

Okey, selamat food hunting guys!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca