SEPERTI apa yang dijangka! Kini ‘demam’ PlayStation 5 sedang melanda dunia sejak Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan tarikh pelancaran serta tanda harga konsol terbaharu keluaran syarikat berkenaan baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan, tempahan awal PS5 kelompok kedua habis terjual hanya dalam tempoh satu jam di Korea Selatan.

Memetik laporan agensi berita Yonhap, sehingga jam 2 petang semalam, semua peruncit utama mengatakan tempahan awal PS5 sudah ditutup.

Wow! Macam pisang goreng panas! Satu jam je habis clear!

Menurut agensi berita tersebut, sebanyak 11 kedai dalam talian dan kedai biasa mula menerima tempahan awal pada tengah hari.

‘Demam’ PS5, cuma perlu satu jam untuk isytihar habis terjual!

Tempahan awal untuk kelompok pertama PS5 pada 18 September lalu juga habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Alat permainan keluaran terbaru Sony Corp itu dijadual dilancarkan di Korea Selatan pada 12 November ini.

Di Korea Selatan PS5 standard dijual dengan harga 628,000 won (US$540) sementara edisi digital berharga 498,000 won.

PS5 diharap dapat merangsang pertumbuhan pasaran domestik di tengah-tengah trend duduk di rumah berikutan pandemik.

Iklan

Menurut Agensi Kandungan Kreatif Korea pula, pasaran permainan tahun lalu dianggarkan lebih 600 bilion won, lebih dua kali ganda berbanding 262.7 bilion won pada 2016.

Seperti negara lain, PS5 akan berdepan saingan sengit dengan alat permainan baharu keluaran Microsoft Corp, Xbox Series X dan Xbox Series S, di Korea Selatan.

‘Demam’ PS5, cuma perlu satu jam untuk isytihar habis terjual!

Iklan

Tanda harga untuk konsol PS5 versi digital adalah dianggarkan RM1,758 dan versi konsol Ultra HD Blu-Ray adalah RM2,199 manakala pra tempahan boleh dilakukan dengan wakil jualan terpilih.

Tempahan awal untuk Xbox Series X dan S yang dibuka pada 22 September turut habis terjual dalam tempoh singkat.

Korang pula macam mana? Dah buat pilihan belum sama ada nak beli PS5 atau Xbox? Benda laku keras lambat melepas!