Destinasi iftar dengan pakej istimewa, ini 4 pilihan lokasi popular dengan bajet lagi jimat

A
A
A

SUDAH bosan mencari juadah berbuka puasa di bazar Ramadan? Apa kata kalian pertimbangkan restoran atau pusat konvensyen yang menawarkan pakej istimewa.

Percaya atau tidak, sebenarnya sudah banyak premis sedemikian yang menyajikan pelbagai pilihan ala carte dan bufet untuk pakej jimat lagi menguntungkan.

Tak mustahil, harga yang ditawarkan untuk set auntentik Melayu, masakan Barat atau Pakistan barangkali jauh lebih murah daripada pakej berbuka di hotel terkemuka.

Paling penting, suasana tempat yang selesa, nyaman, kemudahan parking yang luas serta surau sudah cukup membeli jiwa pengunjung. Betul tak?

 

Jika memudahkan carian, SinarPlus menyenaraikan empat destinasi yang boleh kalian usha untuk berbuka puasa bersama teman atau famili tersayang.

Nah! Berikut informasi ringkas yang boleh kalian check it out:

pakej istimewa

1. Secret Recipe

- Berilhamkan menu nasi kerabu yang menjadi warisan negeri Kelantan, Secret Recipe mengajak pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan sajian istimewa sepanjang bulan Ramadan.

- Selain hidangan utama iaitu nasi kerabu klasik, kalian boleh cuba Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit Bakar, Nasi Kerabu Sotong Goreng Kunyit, Nasi Kerabu Ayam Percik atau Nasi Kerabu Ayam Rangup jika mahukan kelainan.

- Tak sempurna set makanan jika tak digandingkan dengan minuman seperti Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz pada harga diskaun RM6.80 atau pesan keropok ikan tambahan pada harga RM5.90 jer.

Baca juga Meriahnya lauk buka puasa, 5 destinasi bazar Ramadan ini paling havoc & bikin ramai rambang mata

pakej istimewa

Jom Berbuka Secret Recipe

Alamat: Sah di semua outlet kecuali EON Mall Taiping, Perak

Masa: Bermula jam 6 petang (8 Mac hingga 9 April 2024)

Pakej: Bermula RM12.80 hingga RM94.80

pakej istimewa

2. PappaRich

- PappaRich menawarkan Ramadan Special Set bagi meraikan kemeriahan bulan puasa pada tahun ini.

- Masakan kampung dengan pilihan ayam masak kari, rendang daging dan Asam Seafood.

Baca juga Pankek enak dijadikan juadah berbuka puasa, kenali sejarah unik 4 jenis sajian ini yang ramai orang tak tahu

pakej istimewa

- Jika selera kalian lebih ke arah kulinari Barat, boleh pertimbangkan seleksi Western Combo Set yang terdiri chicken chop atau fish fillet rangup, kentang goreng, salad coleslaw dan sos lada hitam.

- Premis tersebut menjanjikan side dish percuma iaitu air sirap selasih dan puding sebagai pencuci mulut.

pakej istimewa

Ramadan Special Set PappaRich

Alamat: Semua cawangan terpilih

Masa: Bermula jam 6 petang (12 Mac hingga 10 April 2024)

Pakej: RM27.90 hingga RM31.90

pakej istimewa

 

3. Platform 19

- Antara destinasi buka puasa yang menawarkan masakan asli Pakistan dan Barat dengan gaya tersendiri di Shah Alam, Selangor.

- Paling mencuri tumpuan, Dome Kabsah dengan empat pilihan inti sama ada daging, ayam, kambing dan ikan salmon.

pakej istimewa

- Menurut pengusaha bersama, Cef Johari Edrus, keunikan menu yang disajikan kepada pengunjung adalah air tangan beliau sendiri bersama tukang masak dari Pakistan, Muhammad Iqbal Janjua.

- Jangan ketinggalan untuk mencuba set sup kentang cendawan yang dibubuh dalam bongkah roti bulat, batwa kabab, sultan torch dan banyak lagi. Pasti kalian akan teruja!

pakej istimewa

Taste of Pakistan Platform 19

Alamat: Jalan Gembala 19/9, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Masa: Bermula 6 petang

Pakej: Bermula RM118

pakej istimewa

4. Pusat Konvensyen Setia City

- Mengangkat konsep Kenangan dengan sentuhan karya seniman agung, Tan Sri P Ramlee, semua dekorasi klasik boleh membangkitkan nostalgia lampau.

- Mana tidaknya, pintu masuk jer dah macam Pawagam P Ramlee selain ruang fotografi yang dilabel sebagai ‘Bilik Seniman Bujang Lapok’ boleh menarik perhatian pengunjung.

pakej istimewa

- Jangan lupa untuk mencuba lebih 100 menu tradisional Melayu seperti rendang, rebung masak asam pedas, daging berlada, masak lemak cili api dan banyak lagi.

pakej istimewa

Bufet Kenangan Pusat Konvensyen Setia City

Alamat: No. 1, Jalan Setia Dagang AG U13/AG Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor

Masa: Bermula 6 petang (14 Mac hingga 5 April 2024)

Pakej: RM118 (dewasa) dan RM98 (kanak-kanak & warga emas)

pakej istimewa

Memang seronok kalau dapat bawa keluarga tercinta untuk berbuka puasa di luar. Apatah lagi kalau bajet memang ngam dengan pakej yang ditawarkan.

Bagus juga kalau ada pakej ala carte untuk mereka yang tak suka makan menu terlalu banyak. Lagi pula harga memang berbaloi, siap ada side dish percuma.

Okey, selamat berbuka puasa!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca