BAZAR Ramadan yang hanya muncul sebulan sekali dalam tempoh setahun antara acara paling dinanti ramai.

Bayangkan, segala jenis makanan dijual di sepanjang lot gerai tersebut bukannya kaleng-kaleng.

Silap hari bulan, ada yang tak larat nak tawaf balik sebab jarak lorong panjang sangat.

Pun demikian, inilah juga masanya para peniaga menambahkan income dalam sebulan untuk jualan makanan dan minuman.

Selain itu, buat kaki food hunting, pastinya kalian tidak sabar nak meneroka makanan viral untuk dicuba sebagai sokongan kepada penjual lokal.

Bazar Ramadan

Carian SinarPlus mendapati, memang banyak bazar Ramadan yang dibuka di seluruh negara dan tumpuan khususnya di sekitar ibu kota.

Berikut kami senaraikan hanya lima jer destinasi yang boleh anda singgah jika berada berhampiran:

Bazar Ramadan

1. Festival Ramadan Putrajaya 2024
– Berlangsung sejak 12 Mac lalu hingga 9 April ini di Laman Iftar Persint 3, Bazar Ramadan Persint 9, 11,14 dan 16.
– Pelbagai menu menarik dijual dengan lebih 1,000 jenis makanan di bazar Ramadan. Boleh bikin kalian rambang mata nak pilih sajian pilihan.

 

– Menariknya, terdapat jualan pra-Ramadan dan Bazar Aidilfitri Putrajaya di Dataran Putrajaya.
– Sudah siap shopping makanan buka, bolehlah iftar ala piknik di Padang Kompleks Perbadanan Putrajaya.
– Jangan lupa singgah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk solat berjemaah.

Bazar Ramadan
KREDIT Foto Facebook Arnab Gurun.

2. Bazar Ramadan Kampung Baru
– Antara port lauk popular saban tahun yang terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
– Terbaharu, air balang yang dijual dalam bekas mangkuk menjadi kegilaan ramai.
– Seleksi air yang dijual seperti air jagung ais krim, keladi ais krim, sirap selasih dan soda herb.
– Selain itu, ramai pengunjung berkongsikan menu paling laku keras seperti roti john, martabak dan bubur lambuk.

Baca juga ‘Kebahagiaan semudah itu, terima kasih ayah-ayah.’ Pasangan India suka ronda bazar Ramadan buat ramai terhibur

Bazar Ramadan
KREDIT Foto Facebook Jie G Apex.

3. Bazar Ramadan TTDI
– Lokasi terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
– Ramai yang syorkan untuk berkunjung ke sana kerana menawarkan street food terbaik seperti aneka burger premium, shawarma dan banyak lagi. Nabila Razali pun dah serbu, anda bila lagi?

Bazar Ramadan
– Kalau suka hidangan panggang dan bakar, memang inilah tempatnya kerana kalian boleh pilih sama ada ikan, ayam, daging mahupun kambing untuk dibawa pulang.

4. Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
– Sudah tentunya Seksyen 13, Shah Alam, Selangor antara tumpuan hangat sepanjang Ramadan.

Bazar Ramadan
KREDIT Foto Facebook Dhaka Teh Ais Bukit Tinggi.

– Mana tidaknya, warga Shah Alam akan berkumpul di sana untuk mencari menu berbuka puasa seawal jam 4 petang. Mungkin ada yang lagi awal singgah.
– Sudah semestinya lauk jarang jumpa seperti belangkas bakar, lokan bakar, ayam golek dan tomyum power. Dhaka Teh Ais pun ada!
– Jangan bimbang soal parking kerana kemudahan tersebut luas dan selesa.

Iklan

Baca juga Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

Bazar Ramadan

5. Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman
– Tak perlu nak diperkenalkan lagi kerana destinasi yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur itu antara hotspot orang ramai setiap kali Ramadan.
– Hamparan menu di sepanjang jalan memang buat kalian terliur kerana bukan saja makanan goreng-goreng jer, malah menu berat pun ada.
– Sotong goreng penuh satu pinggan, shawarna isi melimpah, kek fresh dan banyak lagi boleh kalian usha jika berkunjung ke sana.

Bazar Ramadan

Kalau perhatikan menu satu persatu memang rasa semuanya nak beli, kan? Tapi diharapkan kalian berhemah ya ketika berbelanja.

Menu yang sedap, murah dan berbaloi wajib dihebahkan bersama sebagai tanda sokongan buat penjual yang ikhlas berniaga.

Iklan

Bazar Ramadan

Pun begitu, bagi yang terkena masakan tak sedap, tak setanding harga yang melampau dan sebagainya, diharapkan pihak berkenaan ambil port sikit, ya?

Okey! Kalian sudah try ke belum? Mungkin boleh kongsi pengalaman di ruang komen kami nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!